SERAMAI 10,092 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 292 majikan telah ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan berikutan lebih 3,000 operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen di seluruh negara sejak Oktober lepas hingga Isnin.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam berkata seramai 50 majikan dan 1,364 PATI telah didakwa di mahkamah, sementara 102 majikan dan 621 PATI telah dikenakan kompaun dan 1,558 lagi PATI telah diusir keluar.
Manakala 30 majikan dan 3,058 PATI masih dalam siasatan jabatan itu, dan baki 110 majikan dan 3,337 PATI telah dibebaskan kerana tiada kes, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut seramai 154 PATI dikesan terlibat sebagai mangsa antipemerdagangan orang (ATIP).
Mahmood berkata dalam 3,331 operasi itu yang melibatkan 18,197 anggota Jabatan Imigresen sejumlah 70,259 PATI telah diperiksa. (Bernama)
Denda majikan yang mengambil PATI kerja dan hantar balik PATI2 tu. Perketatkan sempadan Sabah supaya PATI2 tidak masuk Sabah lagi.
ReplyDeleteMangsa pemerdagangan orang dalam kes eksploitasi buruh yang berada di rumah perlindungan di Malaysia, kini dibenar bekerja selepas dibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
ReplyDeleteBagaimanapun, beberapa syarat tertentu akan dikenakan seperti mangsa perlu memperoleh kebenaran daripada kedutaan masing-masing, pengesahan bahawa keselamatan mereka tidak terjamin jika kembali ke negara asal, dan mereka memasuki negara ini secara sah.
ReplyDeleteThe government has given them many chances before this, but yet there are many employees who refuse to come forward to register their illegal workers. Hope that they will get their just desserts for not cooperating with the government efforts in the 6P.
ReplyDeleteI remember the government extending the registration period for several times last year for the employees to register their workers, too bad some does not take the opportunity.
ReplyDeletedalam program 6P ramai PATI yag dpt ditahan, majikan2 yang melindungi PATI harus dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeletebagaimana 3,337 PATI boleh dibebaskan kerana tidak ada kes?? kalau sudah kategori PATI, mesti ada kes.. atau kesemua mereka itu adalah mangsa pemerdagangan orang??
ReplyDeleteapa2pun saya harap program ini akan terus berjalan dan sekali sekala perlu juga disertai dengan operasi besar2an untuk memburu PATI dan majikan yang enggan bekerjasama..
ReplyDeleteSiapa suruh tidak daftar dalam 6P yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa.
ReplyDelete