Oleh : KUEK SER KUANG KENG
MENTERI LUAR, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
MP Kimanis itu berkata, dakwaan 'terdesak' itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.
Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.
Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.
Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.
Konspirasi untuk menjatuhkan beliau. tidak hairanlah sebab PRU13 semakin dekat. Pasti musuh2 pun pasang strategik.
ReplyDeleteKalau mahu dedahkan, kenapa baru sekarang? nampak sangat pihak terdesak dengan menjadikan isu ni alat politik mereka.
ReplyDeleteanifah dah menafikan hal ini, berita ini sngaja di sebarkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkannya.
ReplyDeleteberita2 yang disebarkan oleh Sarawak report tak boleh dipercayai, sebelum ini pun byk cerita palsu
ReplyDeletePenafian telah pun dibuat oleh Datuk Anifah Aman. Yang benar dan fakta semua ini cuma rekaan semata-mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mereka isu sebegini. Sebenarnya semua ini cuma permainan politik semata-mata. Datuk Musa dan Datuk Anifah telah mengatakan yang mana semua ini adalah khabar angin semata-mata. Maka tidak perlu lagi kita percaya dengan khabar yang tidak ada butki.
ReplyDeletetuduhan Sarawak Report ini hanya setakat bermain2 di media.. mereka tidak akan berani membawa kes ini hingga ke peringkat mahkamah kerana mereka juga tidak mempunyai dokumen asli selain yang telah diubah suai..
ReplyDelete