Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan pihaknya menahan dua mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka, sebaliknya, pihaknya hanya mengiringi kedua-dua mereka ke balai polis.
“Kami tidak menahan mereka. DBKL hanya mengiringi mereka ke balai polis untuk membuat laporan polis,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail ketika sidang media di Ibu Pejabat DBKL di sini.
Semalam, dua aktivis, masing-masing “Occupy Dataran” dan mahasiswa, Fahmi Reza dan Umar Mohd Azmi telah dibawa oleh DBKL ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kesalahan mengadakan demonstrasi dan berkhemah di dataran bersejarah itu.
Jelas Ahmad Fuad, DBKL juga sedang menyiapkan laporan kertas siasatan untuk diperakukan oleh Timbalan Pendakwaraya untuk mendakwa Fahmi, manakal bagi kes Umar, pihaknya serahkan kepada pihak polis.
“Pihak DBKL akan mengambil tindakan perundangan kepada Fahmi Reza, dan kami sedang menyiapkan kertas siasatan untuk disahkan oleh Timbalan Pendakwaraya.
“Manakala kes Umar akan diserahkan kepada siasatan pihak polis, kerana beliau menghalang penjawat awam menjalankan tugas.” katanya.
Menurut Ahmad Fuad, tindakan mereka berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka adalah menyalahi Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, dan Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.
Kedua-dua mereka berkhemah di dataran tersebut, lokasi yang dijangkakan untuk perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih “Duduk Bantah” yang dijangka Sabtu ini.
Mereka ditahan pada jam 8 pagi selepas Konsert Diraja sempena pertabalan Sultan Kedah sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Kedua-dua mereka bagaimanapun telah dibebaskan petang semalam.
Sudah-sudahlah berhimpun. Bagus lagi masuk kuliah, buat assignments.
ReplyDeleteMacam-macam kontroversi daripada perhimpunan ini. Apalah yang mereka dapat berkhemah di sana berhari-hari?
ReplyDeleteAda juga pula CD single khas lagu sempena Bersih 3.0 terbitan SAMM. Promosi yang sama dengan STAR untuk mendapat sokongan.
ReplyDeleteKalau mahu suarakan ketidakpuasan hati pun bukan dengan cara ini.
ReplyDeleteAnak muda memang mudah dipengaruhi dan mereka patut utamakan keselamatan. sekiranya apa2 terjadi pastinya menjadi bahan politik saja.
Deletedari berkhemah kat sana, bgs balik belajar. bukan selesa pun khemah kat sana. buang masa saja.
ReplyDeletePelajar2 lebih baik balik saja dan meneruskan pembelajaran. Tanggungjawab yang utama harus ditunaikan.
ReplyDeleteMungkin ini cuma pandangan dan pendapat pihak lain mengenai perkara ini.
ReplyDeletesepatutnya pelajar2 ini bersyukur kerana boleh belajar dengan aman di negara ini.. berkenaan dengan pinjaman PTPTN, Malaysia bukanlah satu2nya negara di dunia ini yang tidak memberikan pendidikan percuma kepada pelajar2..
ReplyDeletesedangkan Pakatan juga tidak mampu memberikan pendidikan percuma 100%.. istilah pendidikan percuma itu hanya gimik politik pembangkang semata2 dimana pelajar2 IPTS masih terpaksa menanggung hutang PTPTN.. hanya pelajar2 IPTA sahaja yang diberikan pendidikan percuma..
ReplyDelete