KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata hubungan baik diantara kerajaan negeri dan persekutuan memberikan banyak manfaat kepada rakyat terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan agama di negeri ini.
Menurut beliau, samada di bandar mahupun luar bandar pembangunan disalurkan secara menyeluruh tanpa meminggirkan sesiapa jua apalagi pembangunan berbentuk pendidikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menekankan agar golongan sasar mendapat pembelaan sewajarnya.
Beliau berkata, keikhlasan kerajaan BN ini petanda hanya parti itu sahaja mampu membela nasib rakyat ber- banding pihak pembangkang yang suka menjanjikan bulan dan bintang sedangkan mereka tidak berupaya sepertimana BN lakukan selama ini.
“Sebab itu, saya selalu katakan bahawa rakyat Sabah adalah rakyat yang mengenang budi, kita tahu siapa yang membantu kita dan siapa yang boleh membantu negeri kita. Buktinya pada hari ini, kemajuan terus dinikmati seluruh lapisan rakyat kerana kerajaan kita sentiasa peka dan menyalurkan pembangunan sebaik-baiknya.
“Kemajuan yang dinikmati pula bukan sahaja berasaskan kepada pembangunan prasarana mahupun infrastruktur tetapi kerajaan mengambil pendekatan murni dengan menyediakan bermacam-macam inisiatif lain antaranya seperti dana Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Karisma dan banyak lagi.
“Semua ini adalah untuk rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Bak pepatah mengatakan, ada ubi ada batas ada budi kita akan balas … saya yakin dan percaya kerajaan BN akan mendapat sokongan jitu berdasarkan keihklasan serta prihatinnya membantu semua kaum,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh ketika berucap pada Majlis Penyampaian Baucar BR1M peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sibuga Sibuga di Dewan Serbaguna Sri Libaran, dekat sini, kelmarin.
Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri memberitahu beliau tidak segan-silu memohon peruntukan yang lebih besar daripada kerajaan persekutuan semata-mata untuk kemajuan negeri ini agar setanding negeri-negeri lain.
Katanya, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak ragu-ragu untuk menyalurkan peruntukan besar memandangkan keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat.
Justeru, ujarnya, rakyat negeri ini akan terus mendapat pembelaan termasuklah dari segi kestabilan politik kerana kerajaan BN juga amat menitikberatkan perpaduan yang kukuh sambil mengecapi pembangunan.
Pun begitu, kata Ketua Menteri lagi pembangunan yang disalurkan bukan dapat disalurkan serta-merta umpama ‘Lampu Aladdin’ tetapi sebaliknya kerajaan akan berusaha sedaya-upaya menunaikan segala janji-janji.
“Apa pun, saya turut berkeyakinan bahawa kita sebenarnya telah dapat menunaikan janji berdasarkan kepada pelbagai bentuk pembangunan dan inisiatif yang disalurkan sejak akhir-akhir ini.
“Harapan saya selaku Ketua Menteri Sabah agar rakyat di negeri ini memberikan sokongan yang kuat kepada kerajaan BN memandangkan tiada lagi kerajaan melainkan hanya BN saja mampu membela nasib semua kaum.
“Percayalah, negeri ini akan terus membangun dengan pesatnya tatkala setiap daripada rakyat itu pastinya akan mendapat pembelaan sewajarnya,” tegas beliau yang juga Wakil Rakyat Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terutamanya di Parlimen Libaran tidak akan terpengaruh dengan segala hasutan dan dakyah yang cuba dibawa pihak tertentu memandangkan ia hanya berbentuk gimik politik yang hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan politik murahan.
Sebaliknya, kata beliau, rakyat perlu bersatu padu dan memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi terhadap kerajaan hari ini demi masa hadapan generasi akan datang.
Pada majlis berkenaan, Musa telah menyampaikan baucar BR1M kepada kira-kira 1,321 rakyat di kawasan Sungai Sibuga untuk fasa kelima.
Hadir sama isteri beliau iaitu Datin Seri Hajah Faridah Tussin termasuk Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk James Wong serta pemimpin masyarakat di Parlimen Libaran. (ST)
Good relationship between Sabah and the Federal Government is indeed important for the development of our states. Hopefully the cooperation between the state and federal government will help the people in Sabah.
ReplyDeleteHubungan baik ini mengalak lebih banyak perkembangan dengan peruntukan yang mencukupi disalurkan.
DeleteHopefully the good relationship will help Labuan as well to become a more developed island, afterall Labuan is a Federal Territory since 1984. They deserves to have more improvements.
ReplyDeleteThe commitment of the Barisan Nasional (BN) and close relationship between the Federal and State governments, have brought about progress to the State.
ReplyDeleteThe BN administration under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was constantly striving to ensure development for Sabah. Sabah would continue to undergo rapid development under the BN.
DeleteSABAH had spent 75.5 per cent of State allocation and 74.9 per cent of Federal allocation to undertake development projects last year.
DeleteThe development projects under Sabah Development Corridor were implemented smoothly, with 98.4 per cent of the RM100.4 million allocation utilised last year.
DeleteThis reflects the State's financial standing is strong as a result of competent and efficient management as well as proactive steps undertaken by the Government.
DeleteWith the full support and determination of the Federal and State governments, more programmes and development projects funded by the Federal Government are able to be implimented through Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme.
DeleteAmongst other matter, the State's per capital income has increased from RM14,829 in 2009 to RM17,242 in 2010.
DeleteIn addition, the unemployment rate has dropped from 5.6 per cent in the first half of 2010 to 5.4 per cent in the same period last year.
DeleteMeanwhile, it is noted that investment amounting to RM77.5 billion was required to undertake 31 entry point projects (EPPs) in Sabah.
DeleteThe Federal Government will assist the private sector to kick-off the EPPs by allocating eight per cent of the amount, while detailed implementation plans for each EPP was already prepared.
DeleteAs such, the private sector is encouraged to take advantage of these investment opportunities and invest in the 31 EPPs.
DeleteThe continuous distribution of various forms of assistance by the government helped to improve the people’s source of economy and livelihood.
DeleteKarisma 1Azam is one of many programmes that benefited those in the lower-income group through the provision of initiatives that boosted their standard of living.
DeleteThe assistance rendered will bring benefits to people of all races. This shows that the BN government does not leave anyone out because its main agenda is to help all the people.
DeleteAs such, the people of Sabah must ensure a victory for the ruling coalition in the coming election to ensure continuity in development. The people would only gain by supporting the BN as it is the only party that could safeguard their interest.
Deletehubungan Sabah - pusat mmg dalam keadaan baik. Sabah telah menerima peruntukan terbesar dari pusat sebanyak 4 billion yang mana dpt memacu kepada pembangunan Sabah.
ReplyDeleteini memperlihatkan pusat ambil berat akan pembangunan di Sabah
ReplyDeletehubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat perlu dipelihara untuk kesejahteraan rakyat..
ReplyDeletekerajaan BN sentiasa meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat di tempat teratas..
ReplyDeleteI se emore benefit than disadvantage. Such communication and good relationship encourage more expansion.
ReplyDeletePersekutuan harus memberi support untuk semua negeri supaya pembangunan ekonomi dapat diseimbangkan.
ReplyDeleteBujet 2012 membuktikan perhubungan antara Sabah & Persekutuan. harus juga jumlah ini digunakan dengan lebih wajar.
ReplyDeleteI think BN can give more secure life as compare others. BN should overcome their limitation.
ReplyDeleteChief Minister Datuk Seri Musa Aman assured the people that the State Government will continue to listen to issues that have an impact on the people.
ReplyDeleteSabah is a good model for 1Malaysia as its people have for generations lived in harmony and unity despite diverse ethnic groups and languages that the State is unique for
ReplyDeleteMari kita sama-sama memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri kita atas usaha yang dilaksanakan. Harap kerjasama antara kedua pihak akan dapat meningkatkan lagi pembangunan di Negeri Sabah ini.
ReplyDeletejika bukan kerana hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat selama ini, Sabah tidak akan memiliki segala pembangunan yang kita lihat sekarang..
ReplyDeletejika pembangkang tempatan berjaya merampas kerajaan negeri Sabah dan Pakatan berjaya merampas Puterajaya, adakah akan wujud hubungan baik antara kedua2 kerajaan ini?? bagaimana hubungan antara SAPP dengan DAP?? dan bagaimana pula hubungan antara STAR dengan PKR??
ReplyDelete