Oleh : MEDIA STAR
SEORANG pemimpin Parti Reformasi Negeri (STAR) dari kawasan Kuamut, Kinabatangan Sabah, menyifatkan pengkelasan semula banyak kawasan Hutan Simpan di Sabah baru-baru ini sebagai bukti ketidakjujuran kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat, terutama sekali Orang Asal.
James Ait, yang juga Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah, dalam kenyataannya kelmarin berkata, Kerajaan bukan sahaja amat liat meluluskan permohonan tanah Orang Asal, malah menafikan hak itu kepada mereka; sebaliknya dengan mudah meluluskan rang undang-undang membubarkan Hutan Simpan untuk diberikan kepada Kerajaan Pusat.
"Pembubaran seluas 7,024 hektar kawasan Hutan Simpan di Sook untuk antara lain tujuan pembinaan kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Daerah Kecil Sook membayangkan prioriti kerajaan yang ada ini hanya untuk Kerajaan Pusat, tetapi tidak mengendahkan rakyatnya sendiri," katanya.
Beliau berkata, bukan mudah untuk mengambil semula tanah yang telah dipajakkan atau diberi kepada Kerajaan Pusat, tetapi wakil-wakil rakyat Sabah termasuk PBS, UPKO dan PBRS dengan mudah sahaja dan dengan sekali hembus nafas memberikan tanah negeri kepada pusat atas pelbagai alasan.
“Hutan Simpan juga dengan mudah dibubarkan kalau untuk menyediakan tapak Taman Perindustrian Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) di Sipitang. Kita tidak menolak pembangunan tetapi memberi tanah kepada Orang Asal juga adalah pembangunan mapan yang dialu-alukan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri,” kata James.
Katanya lagi, pembubaran Hutan Simpan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini menunjukkan bahawa kerajaan BN tidak mengutamakan hak Orang Asal seperti beberapa perkampungan di kawasan Pinangah.
"Saya ingin kepastian daripada Kerajaan ini apakah benar bahawa kebanyakan Hutan Simpan yang dibubarkan itu termasuk kawasan tadahan air dan kayu bakau, sebenarnya sudah tidak ada kayu besar sebab sudah ditebang oleh mereka yang tamak?
"Masuk dulu Hutan Simpan, curi dulu semua kayu, eksport kayu bulat sehingga kilang-kilang papan Sabah tiada bekalan kayu bulat untuk diproses, selepas itu bubarkan Hutan Simpan itu? Apakah ini yang telah berlaku?," tanya James.
Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu ini, DUN telah meluluskan Rang Undang-Undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 2012 yang melibatkan pembubaran seluas 7,024 hektar hutan simpan dan kononnya menubuhkan seluas 9,544 hektar hutan simpan baru bagi menggantikan hutan simpan yang baru dibubarkan itu.
DUN juga telah mengkelaskan semula lima kawasan hutan simpan sedia ada dengan keluasan 129,209 hektar kepada kelas-kelas yang lebih sesuai selaras dengan keinginan pemimpin negeri yang tahu sebab-musababnya.
Mengenai ini, James dalam kenyataannya turut mempersoal apakah benar khabar bahawa kebanyakan kawasan hutan simpan yang baru ditubuhkan itu juga sebenarnya hanya hutan belukar pokok-pokok muda; umpama urusan buluh kasap, hujung dapat tetapi pangkal pula yang lesap?.
"Jika ini benar, maka usaha ini sebenarnya hanya sebagai sempadan kepada Orang Asal dan akan menyulitkan lagi Orang Asal mendapatkan hak mereka dalam tuntutan tanah adat," tegas beliau lagi.
ia dilakukan untuk pembangunan juga, pembangkang tak perlu nak manipulasikan isu ini.
ReplyDeleteapapun, kerajaan kena pastikan tanah2 penduduk dilindungi.
ReplyDeletekerajaan harus mengkaji formula untuk melindungi hutan simpanan agr keseimbangan ekosistem dipelihara.
ReplyDeleteKerajaan harus melindungi hak milik penduduk.
ReplyDeletePembangunan dan pemeliharaan hutan payah untuk mencapai keseimbangan.
ReplyDeletetetapi wakil-wakil rakyat Sabah termasuk PBS, UPKO dan PBRS dengan mudah sahaja dan dengan sekali hembus nafas memberikan tanah negeri kepada pusat atas pelbagai alasan.
ReplyDeleteTanah diberi dengan sewenang-wenangnya. harus juga diusahakan untuk menjana pendapatan yang berterusan.
Kerajaan perlu memastikan hak orang asal/asli akan sentiasa terpelihara walaupun ingin menjaga hutan simpan atau ingin melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan tanah orang asal.
ReplyDeleteStar perlu mengkaji dengan lebih teliti sekiranya benar tindakan kerajaan meluluskan rang undang2 baru hanya mengabaikan orang asal Sabah.
ReplyDeleteItu sudah semestinya kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk penduduk Sabah. Sebab itulah juga kenapa kerajaan membubarkan hutang simpan tersebut.
ReplyDeletesekiranya STAR memerintah negeri ini, adakah mereka tidak memerlukan tanah untuk tujuan pembangunan?? sedangkan buat jalan pun perlukan tanah, inikan pula pembangunan ekonomi..
ReplyDeletebila tidak ada pembangunan, dia bising.. bila ada pembangunan dia tuduh pula rampas tanah atau hutan..
ReplyDeletekalau tidak silap STAR mahu bekerjasama dengan SAPP.. James Ait perlu juga tanya YTL kenapa hutan simpan seluas 300 000 hectar (seluas 5 kali ganda saiz singapura) diberikan kepada 265 kroni2 beliau??..
ReplyDelete