Wednesday, 25 April 2012

KOMUNITI DRUMMING DI SOOK DISERBU






KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan mengejut dan merampas barang kawalan di Projek Komuniti Drumming di Sook, kelmarin.

Dalam serbuan pada awal pagi kelmarin, KPDNKK telah berjaya merampas sebanyak 24 tangki minyak diesel, 4 buah lori tangki dan enam tangki penuh berisi petrol di sebuah premis yang terletak di Sedco Industrial Estate Kg. Durok Keningau kerana menyimpan barang terkawal tanpa permit. Difahamkan syarikat tersebut sudah lama menjalankan perniagaan membekalkan minyak subsidi ke Sook secara haram dan serbuan dilakukan setelah aduan disalurkan melalui SPRM.

Persoalannya dari mana mereka memperolehi bekalan minyak bersubsidi yang begitu banyak sedangkan kesemuanya dikawal oleh KPDNKK? Apakah isu kuota menjadi pemangkin kegiatan haram ini? Jawapannya hanya ada pada Menteri KPDNKK.

5 comments:

  1. Ada lah 'orang dalam' yang membekalkan ni.

    ReplyDelete
  2. lakukan lagi byk serbuan.

    ReplyDelete
  3. Seludup minyak saja. ada subsidi pun salah guna

    ReplyDelete
  4. Adakah orang dalam yang menyokong kegiatan ini? Harap siasatan akan dapat dilakukan mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  5. siasat bagaimana mereka boleh memiliki bekalan minyak subsidi begitu banyak..

    ReplyDelete