Tuesday, 10 April 2012

INDUSTRI O&G RANGSANG EKONOMI SERANTAU

INDUSTRI minyak dan gas (O&G) kini di ambang memainkan peranan utama merangsang pertumbuhan bagi Sabah di dalam lingkungan Asia Utara dan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, Sabah terletak secara strategik antara dua rantau ekonomi utama.

"Satu adalah pasaran mewah Asia Utara yang termasuk Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong dan China, dan yang kedua adalah pasaran membangun yang sedang tumbuh di dalam BIMP-EAGA," katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan dan Pameran Minyak dan Gas Sabah 2012 di Kota Kinabalu, Isnin.

Musa berkata kerajaan Sabah komited sepenuhnya dalam pembangunan industri minyak dan gas di negeri itu.

"Kami sentiasa berbincang dengan kerajaan Persekutuan di segi peruntukan dana bagi pembangunan fizikal kemudahan infrastruktur dan perindustrian dan dengan Petronas mengenai perkara seperti bekalan gas.

"Kerajaan negeri akan berbincang dengan Petronas dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi menarik para pelabur untuk bergerak aktif di dalam perindustrian minyak dan gas di Sabah," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment