Thursday, 19 April 2012

INTEGRITI LEMBAGA PEGAWAI AHLI ANAK NEGERI DICABAR



Oleh : MUTALIB M.D

LEMBAGA Pegawai Ahli Anak Negeri Sabah yang ditubuhkan di bawah bidang kuasa TuanYang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah akan dicabar di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu esok, 20 April 2012; oleh Madis Bin Azis melalui kes BKI 13JR- 5/2 tahun 2012.

Pemohon, Madlis bin Aziz terlibat dalam kes saman sivil dengan Chua Yong Kim di Mahkamah Tinggi Sandakan berkaitan dengan pemilikan tanah adat resam. Madis mempertikaikan kesahihan Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan kepada Chua Yong Kim berdasarkan beberapa alasan.

Ibu bapa Chia berbangsa Cina tetapi Sijil Anak Negerinya mengatakan dia mempunyai ibu berketurunan Brunei bernama 'Mariamah binti Berahim'. Dengan sijil ini Chua bebas untuk berurusniaga dan memegang geran tanah NT yang hanya dikhususkan untuk Anak Negeri Sabah.

Hakim di Mahkamah Tinggi Sandakan memutuskan bahwa soal kesahihan Sijil Anak Negeri Chua adalah di dalam bidang kuasa Mahkamah Anak Negeri. Pemohon diminta untuk mengikut proses yang relevan di sisi Undang-Undang Anak Negeri.

Pemohon mengemukakan permohonanannya kepada Lembaga Pegawai Ahli Anak Negeri di bawah seksyen 3(3) Ordinan Tafsiran (Definisi Anak Negeri) untuk meminta Lembaga untuk mengkaji semula Sijil Anak Negeri Chua Yong Kim.

Sebagai bukti, pemohon melampirkan kenyataan bersumpah anak kandung 'Mariamah binti Berahim' dan juga kenyataan bersumpah Chua di dalam sesi soal jawab kes mahkamah sivil yang telah mengaku bahwa Sijil Anak Negerinya hanya diperoleh pada 'masa ianya dibuka kepada orang ramai'.

Lembaga telah memberikan keputusan mereka pada 20 Januari 2012 dan mengatakan bahwa pemohon tidak layak memohon untuk mengkaji semula Sijil Anak Negeri Chua kerana dia bukanlah pemegang Sijil Anak Negeri itu sendiri.

Pada masa itu, Lembaga Pegawai ini dianggotai oleh Datuk Abidin Madingkir (Pengerusi), Datuk Awang Shahrin Alimin, Datuk John Sikayun dan Encik Juprin Wong Adamal (sila rujuk kepada Gazet Kerajaan No. 11 tahun 2010).

Kini, pemohon memohon kepada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mengkaji semula keputusan Lembaga Pegawai menolak permohonan si pemohon atas dasar keputusan itu 'tidak rasional, munasabah dan menyalahi undang-undang'. Tambahan lagi apabila Lembaga telah pun membatalkan Sijil Anak Negeri, Datuk Jimmy Wong secara terbuka pada 28 Mac 2012.

Kes ini telah mendapat kebenaran untuk pendengaran dan akan didengari oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah pada 20 April 2012.

Madis diwakili oleh Dr Fung dan dibantu oleh Mohd Syarulnizam Bin Mohd Salleh dari Tetuan Alex Pang & Co; Manakala Lembaga Pegawai Ahli Anak Negeri Sabah diwakili oleh Martin Idang Rantau @ Co dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah mewakili Pengarah Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.

Kes ini akan menjadi sejarah undang-undang di Sabah kerana buat pertama kalinya kuasa Lembaga berkenaan dan Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri dicabar di mahkamah.

Sila datang beramai-ramai untuk mengetahui keputusan kes berkenaan yang akan disiarkan secara menyeluruh selepas kes tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu esok.

8 comments:

  1. Kes ini berhubung dengan geran tanah NT dan status sebagai Anak Negeri Sabah. harap kes ini berpihak pada yang benar. status Anak Negeri Sabah harus dipertahankan daripada diperolehi oleh mereka yang tidak layak.

    ReplyDelete
  2. Semoga kemenangan berpihak kepada pihak yang benar.

    ReplyDelete
  3. Banyak yang ambil kesempatan untuk dapatkan status anak negeri untuk mendapatkan keistimewaan atau kemudahan yang diberi kepada anak negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Status tu sangat special, ramai yang mahu status tu

      Delete
  4. Kes tu harus diadili seadil-adilnya.

    ReplyDelete
  5. status anak negeri hnyalah untuk anak asal Sabah sahaja, harap kes ini akan adili dgn baik.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya perkara ini sememangnya perlu diadili oleh pihak mahkamah. Jika ada bukti maka ini peluang untuk menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  7. siasat betul2 macam mana dia boleh dapat sijil anak negeri..

    ReplyDelete