Sunday 29 April 2012

JANGAN SIBUK SOAL PEMILIHAN CALON




By : YAP SIONG HAN

KETUA MENTERI, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menegaskan kepada semua ahli komponen Barisan Nasional (BN) agar tidak sibuk dengan perkara pemilihan calon pilihan raya, sebaliknya turun padang mendekati rakyat bagi memperjelaskan kepelbagaian sumbangan yang telah dihulurkan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

Katanya, sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh puncuk kepimpinan BN hendaklah diberikan sokongan penuh untuk memastikan kemenangan mutlak dalam pilihan raya ke-13 nanti.

Menurutnya, perkara penting yang perlu dilihat adalah menyelesaikan segala masalah jika wujud di setiap bahagian.

“Jika terdapat masalah, kenalah selesaikan segera…jika masih tidak dapat selesaikan, Umno sentiasa sedia membantu dalam usaha damai ini.

“Kita kenalah memperbaiki hubungan di antara parti komponen, jangan sesekali ada pepecahan dalam kalangan bahagian-bahagian BN bagi memastikan kemenangan besar BN dalam pilihan raya nanti,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Gerak Kerja BN Sabah di sini kelmarin.

Katanya, pilihan raya akan datang sudah pastinya adalah yang tersengit berbanding sebelumnya. Kerajaan juga sedar bahawa salah satu cabaran besar adalah pengundi muda di Malaysia.

Musa berkata, jentera media siber BN haruslah bersedia menggunakan pelbagai saluran seperti twitter, facebook, serta lain-lain bagi menghalang pengundi muda daripada terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan kepada kerajaan.

“Kebanyakan pemimpin pembangkang adalah berasal daripada pemimpin kerajaan pada satu masa dahulu…ketika dalam kerajaan mereka juga tidak mempunyai apa-apa sumbangan kepada rakyat.

“Kini mereka menjadi pembangkang dan menjanjikan banyak perkara yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh mereka. Janji itu merupakan satu pembohongan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan muda,” katanya.

Musa menegaskan kepada semua pimimpin dan ahli BN di Sabah agar turun padang berjumpa dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk meninjau masalah dan menjelaskan kepelbagaian projek yang sudah dan sedang dijalankan bagi kesejahteraan generasi akan datang.

Selain itu katanya, kerajaan mempunyai bukti, fakta nyata mengenai pembohongan yang dijanjikan oleh pembangkang.

“Saya ingatkan kepada semua pemimpin serta ahli dalam komponen BN agar tidak lalai dan leka serta berpuas hati dengan kedudukan yang ada sekarang.

“Kita harus pastikan bendera BN dikibarkan di merata tempat seterusnya mencetuskan semangat tinggi dalam kalangan calon, seterusnya membuktikan BN Sabah menang dan berada dalam keadaan yang kukuh,” katanya.

Tambahnya, tujuh siri perjumpaan dengan masyarakat yang bermula daripada zon Kudat menerima sambutan penuh daripada masyarakat di sana. (theborneopost)

22 comments:

  1. Pemimpin kena aktif turun padang tanpa mengira waktu bukan hanya dekat2 PRU saja.

    ReplyDelete
  2. para pemimpin harus sentiasa turun padang, turun padang pun biarkan ia memberi manfaat kepada rakyat. masalah rakyat yang dikenal pasti harus diselesaikan. laksanakan tanggungjawb dgn setelusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree with you, they should take action.

      Delete
    2. Setuju, turn padang dan memahami keadaan sebenar yang rakyat alami.

      Delete
  3. Hope everyone will wait patiently for the election and do not have to worry about who is the representative all about.

    ReplyDelete
  4. Jangan mementingkan diri dan mengabaikan keperluan rakyat. WR dipilih untuk berkhidmat dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Perjuangan BN adalah perjuangan parti bukan individu. Jadi semua ahli harus bekerjasama untuk menang PRU13

    ReplyDelete
  6. Jangan juga perasan jadi calon boleh menang sebab kemenangan di tangan rakyat

    ReplyDelete
  7. Pemilihan calon biar pihak atasan yang melakukan. Utamakan usaha yang baik dan tunaikan tanggungjawab kepada rakyat jika inginkan sokongan daripada rakyat.

    ReplyDelete
  8. jangan pula yang pihak yang merajuk kerana tidak tercalon kemudian melancarkan sabotaj dari dalam..

    ReplyDelete
  9. Sabah Umno will leave it to the discretion of party leadership to decide on the candidates for the 13th general election, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  10. Names has been submitted; it will be up to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who is Barisan Nasional chairman to decide .

    ReplyDelete
  11. Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

    ReplyDelete
  12. The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

    ReplyDelete
  13. He said despite the favourable audit report, several agencies, particularly those issued with reprimands, need to overcome their weaknesses.

    ReplyDelete
  14. Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.

    ReplyDelete
  15. Applications for government services should be processed at once, he said, adding that the RM4 billion state budget this year was a reflection of the state government’s ability to manage its finance.

    ReplyDelete
  16. Meanwhile, Musa called on all agencies in the state to discard any tendency to procrastinate so as not to jeopardise the state’s excellent financial management as highlighted in the 2010 Auditor-General’s Report.

    ReplyDelete
  17. He said procrastination would push up costs, cause wastage and result in the people or target group not getting any benefit.

    ReplyDelete
  18. The state government’s excellent achievement in numerous aspects should bring about positive impact, not only to showcase the state’s administrative competence but also bring immense benefit to the people.

    ReplyDelete
  19. Musa also called on state departments and agencies to strive to maintain the state’s achievements.

    ReplyDelete
  20. Musa also called for a people-oriented approach in all services provided by agencies and departments.

    ReplyDelete