Saudara Pengarang,
SEMENJAK sebulan lalu kami menerima perkhidmatan ASTRO yang teruk kerana banyak saluran yang tidak ada siaran walau pada hari biasa iaitu ketika hari cerah. Saluran yang langsung tidak diboleh diterima ialah 801, 550, 708, 180 dan banyak lagi.
Yang lebih menyedihkan saluran percuma seperti RTM1, RTM2 dan TV3 tidak dapat diterima walau hari tidak hujan atau mendung. Skrin TV hanya memaparkan 'current channel are not available' apabila dipindahkan ke saluran berkenaan.
Saya ingat perkara ini hanya dialami oleh saya sendiri tapi bila saya bertanya dengan jiran-jiran; mereka juga menghadapi masalah yang sama.
Perkara ini amat mendukacitakan kami kerana kami membayar dengan wang sendiri untuk mendapatka perkhimatan ini. Selain itu mereka akan memotong perkhidmatan kalau lewat membayar. Sedangkan berbulan-bulan kami menerima perkhidmatan yang teruk, 1 sen pun tiada potongan harga dalam bill kami.
Senario ini sangat tidak adil bagi kami selaku pelanggan tetap. Jadi kami menyeru kepada pihak ASTRO memperbaiki perkhidmatan mereka di kampung Tinangol. Jangan sampai penduduk kampung menyindir ASTRO di kampung mereka boleh dihisap dan bukannnya ditonton; kerana ASTRO juga jenama rokok haram di Sabah.
Salam Hormat,
PELANGGAN ASTRO TINANGOL
Bayaran kenalah setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.
ReplyDeleteJika ASTRO masih gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik, tidak mustahil tuntutan untuk menggunakan parabola akan semakin kuat di kalangan rakyat.
ReplyDeleteSudah buat aduan sama Astro ka?
ReplyDeleteBagus lagi guna parabola kalau Astro tidak dapat tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Ataupun si pengadu boleh cuba gerakkan piring Astro itu. Mungkin terlindung oleh daun2 atau pokok.
ReplyDeleteTu la pasal, guna parabola mungkin lebih berbaloi daripada guna Astro
Deletemoga penggunaan parabola di Sabah akan dibenarkan.
DeleteBayar Astro mahal2 tapi perhidmatan pun biarlah berbaloi
ReplyDeleteKalau kita lihat bayaran untuk astro sangat tinggi berbanding dengan PARABOLA. Parabola hanya perlu bayar sekali lepas itu bulan-bulan tidak perlu bayar. Siaran tetap hebat dan gangguan pun tidak seteruk ASTRO.
ReplyDeletecara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengajak rakyat Malaysia beramai2 memboikot Astro..
ReplyDelete