Friday 27 April 2012

LELAKI UBAHSUAI MYKAD DIPENJARA, DENDA



SEORANG lelaki warga Indonesia yang menghadapi pertuduhan melibatkan kesalahan imigresen, mengubahsuai Mykad dan memiliki Mykad orang lain dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 21 bulan dan dua sebatan masing-masing oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini.

Arsad Bahar, 44, dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan dua rotan oleh Mahkamah Sesyen pada selesa yang diputuskan Hakim Egusra Ali setelah mengaku salah masuk ke negara ini secara haram iaitu tanpa dokumen yang sah.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Batu 4 Jalan Apas jam 1.05 petang pada 8 April lepas.

Manakala, di Mahkamah Majistret pada Rabu pula, tertuduh dipenjara 12 bulan setelah mengaku salah memadam catatan dan mengubahsuai Mykad sedangkan dia bukanlah pegawai pendaftaran yang mempunyai kuasa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia turut dihukum penjara enam bulan kerana memiliki dua Mykad orang lain iaitu atas nama Muhammad Fathur Rohman Tahang Abdur Rahman (040107-12-0375) dan Nurul Izzah Tahang Abdur Rahman (100905-12-0874).

Majistret Suhailla Selag mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara serentak, tetapi berasingan dengan hukuman bagi kesnya di Mahkamah Sesyen.

Menurut fakta kes, tertuduh ditangkap kerana berkelakuan mencurigakan di kawasan berkenaan semasa operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Ketika pemeriksaan dia cuba untuk melarikan diri bersama beg hitam dan putih berisi 14 Mykad yang disyaki telah diubahsuai beserta peralatannya tetapi berjaya diberkas polis.

Siasatan lanjut mendapati, Arsad melakukan kegiatan pengubahsuaian Mykad asal orang lain yang diperolehi daripada orang yang tidak dikenali untuk dijual semula kepada pembeli yang tidak mempunyai dokumen diri.

Tertuduh akan menukar butir-butir pemilik sebenar Mykad kepada nama dan gambar pembeli dengan harga RM300 bagi setiap Mykad dan telah menjual lima Mykad asal yang telah diubahsuai.

Arsad didakwa di bawah Sekyen 6 (1) © Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda RM10, 000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa di bawah Peraturan 25 (1) (f) dan Peraturan 25 (1)(o) Regulasi Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM20, 000 jika sabit kesalahan.

Kesemua kes pendakwaan dikendalikan Insp. Joan Lee.

10 comments:

  1. Adakah tahap sekuriti MyKad kita masih di tahap yang rendah?

    ReplyDelete
  2. Dalang sindiket ic palsu ini perlu dibanteras habis-habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti ada taiko dia lagi tu. harus dikesan dan ditangkap dalang tu

      Delete
  3. Tahu lalu dikatakan bermula januari 2012, penukaran Mykad baru yang lebih baik tahap keselamatannya akan dilaksanakan.macam mana sudah tu?

    ReplyDelete
  4. Memang bahaya sindiket ic palsu ni. senang2 warga asing boleh dapat MyKad.

    ReplyDelete
  5. itulah.. bukan senang nak palsukan mykad. pasti dpt dikesan jg.

    ReplyDelete
  6. Patut hukuman lebih berat lagi tu...

    ReplyDelete
  7. Harap lebih banyak operasi lagi dibuat untuk menangkap mereka ini.

    ReplyDelete
  8. lepas menjalani penjara dan sebat, hantar terus warga asing ini balik ke negara asal.. supaya dia boleh tunjukkan parut dibuntut dia kepada kawan2 dia di negara asal..

    ReplyDelete
  9. pemilihan anak jati bukan jaminan bahawa kawasan itu akan terus membangun..

    ReplyDelete