Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
LYNAS CORP telah memfailkan saman terhadap laman portal berita Free Malaysia Today atas dakwaan “membuat kenyataan palsu” dalam artikel terbaru mereka. Syarikat perlombongan dari Australia itu turut mengemukakan saman yang sama terhadap pengarah, dan ahli jawatankuasa pertubuhan Save Malaysia, Stop Lynas’s (SMSL) berhubung surat terbuka yang disiarkan di laman web mereka.
“Lynas telas dan akan mengambil tindakan undang-undang untuk menentang mereka yang menyiarkan artikel berbaur hasutan atau maklumat salah terhadap Lynas dan operasinya,” kata Pengerusi Eksekutif Lynas Nicholas Curtis dalam satu kenyataan hari ini.
“Kami khuatir kenyataan berkenaan akan memberikan maklumat salah dan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat terhadap operasi kami,” katanya.
Beliau turut mengulangi pendirian bahawa operasi kilang mereka adalah selamat dan selari dengan standard keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar di Malaysia seperti yang dikuatkuasakan oleh Agensi Perlesenan Tenaga Atom Kebangsaan (AELB).
Lynas telah menerima tekaman daripada penduduk Kuantan dengan pemimpin pembangkang mengatakan kilang pemprosesan nadir buminya di Gebeng Kuantan yang bernilai RM2.5 akan menghasilkan pencemaran radioaktif walaupun syarikat Australia itu telahpun mematuhi piawai dan syarat antarabangsa.
Mereka berulangkali mempersoalkan mengapa Lynas tidak membuka kilang di Australia, dan lokasi asalnya di Terengganu, dengan mendakwa perpindahan itu disebabkan oleh khuatirnya berlaku pencemaran radiasi.
Namun Lynas tetap menegaskan kilangnya hanya akan menghasilkan radiasi di tahap paling minimum dan sisanya boleh di proses menjadi bahan binaan jalan yang tidak merbahaya.
AELB telah memberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Januari lalu berdasarkan tambahan syarat untuk menyimpan sisa buangan mereka untuk tempoh yang lama.
Lynas bulan lalu telah mengenalpasti tapak terbabit. Dan menegaskan “kerja sedang berjalan.” Mereka turut berkata, adalah penting buat keputusan AELB kerana fasiliti deposit kekal (PDF) hanya akan diperlukan apabila berlaku “kejadian yang terburuk” apabila mereka tidak lagi mempu memproses sisa buangan kepada produk komersial.
Lynas Corporation Limited hari ini mengemukakan prosiding hasutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur terhadap “Free Malaysia Today”.
Menurut Curtis, “Lynas telah terlibat dengan program penerangan awam termasuk berkomunikasi dengan 10,000 penduduk tempatan, pemimpin komuniti, sejak Julai 2011.
“Kami sekarang sedang mengadakan perbincangan dengan komuniti Malaysia supaya kilang tersebut dapat diteruskan, tapi kami lhuatir berlakunya gejala hasutan ini yang menimbulkan keresahan kepada orang ramai berkenaan tahap keselamatan kami.
“Operasi kilang Lynas akan selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar, malah mematuhi piawai antarabnagsa,” katanya lagi.
Dapatkah Lynas jamin bahawa tidak akan berlaku kesilapan dalam operasi kilang mereka?
ReplyDeletePihak yang pakar dalam projek seperti ni sepatutnya beri penjelasan samada ia lebih banyak memberi keburukan atau kebaikan.
DeleteIsu Lynas ini perlu diselesaikan dengan segera. Isu ini bukan saja dipolitikkan malah membawa kekeliruan kepada orang ramai tentang status sebenar tahap keselamatan operasi kilang terhadap alam sekitar dan orang penduduk sekitar kawasan itu.
ReplyDeleteProjek Lynas memang digunakan sebagai senjata politik untuk mendapat perhatian dan sokongan rakyat
DeleteInilah mungkin salah satu dari 7 isu yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan BN dalam menghadapi PRU kali ni.
Deleteyang peliknya, ahli2 politik pula yang melebih2 membuat kesimpulan berkenaan dengan projek ini sedangkan mereka bukanlah pakar dalam bidang ini..
DeleteUntuk mendapatkan perhatian, ada pihak yang sanggup mengeluarkan kenyataan palsu.
ReplyDeletemmg ada pihak nak memburukkan Lynas, kerajaan dah beri jaminan ia selamat.
ReplyDeleteSaman saja kalau benar FMT memberikan khabar yang salah.
ReplyDeletememang tepat tindakan Lynas.. jangan biarkan mana2 pihak terus menghidangkan pembohongan kepada rakyat di negara ini..
ReplyDelete