Friday, 6 April 2012

NANOFIBRE, UMS MATERAI MOU DENGAN TOKYO ECONET


TUKAR DOKUMEN ... Dr Kmaruzaman (kiri) bertukar memorandum dengan Horoaki sambil diperhatikan oleh Abdullah (tengah) kelmarin.

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) kelmarin menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tokyo Econet Limited Company bagi pembangunan teknologi nanofibre.

Pada majlis itu, UMS diwakili oleh Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon manakala Tokyo Econet Limited Company diwakili oleh Pengarah Urusannya, Kondo Horoaki.

Turut hadir pada majlis itu, Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Mohd Said dan wakil NGO Future, Yoshida Noriaki.

Dr. Kamaruzaman berkata, melalui kolaborasi itu, profesor UMS, jurutera penyelidik dan pelajar lepas ijazah akan bekerjasama rapat dengan Tokyo Econet untuk pembangunan teknologi de-salination air laut dan air buangan oleh membrane nanofibre dan membersihkan tumpahan minyak dalam air laut.

Menurutnya, apa yang ditawarkan oleh nanoteknologi daripada nanofibre mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan yang akan menyebabkan penyelesaian berdaya maju yang tinggi untuk penyeragaman air laut.

“Potensinya sangat berguna untuk negeri Sabah di mana sumber-sumber air minuman sukar didapati,” tambahnya. (ST)

No comments:

Post a Comment