KELUAR…..Ombilod, Bekas Naib Ketua PBS Sulaman keluar PBS untuk meneruskan perjuangan membela rakyat Sabah yang gagal dilaksanakan PBS.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
KEKUATAN Barisan Nasional (BN) di Sulaman semakin goyah apabila beberapa orang pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai oleh Naib Ketua Bahagian, Dominic Ombilod Onul dan AJK Bahagian Sulaman, Ahling Kabaron menyerahkan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Rapat Rakyat yang telah berlangsung di Dewan Keluarga Damit (DKD) Tenghilan, Tuaran pada Jumaat.
Penyertaan ini dikatakan mereka lakukan kerana tidak lagi yakin dengan PBS serta kedudukan BN yang terus kelihatan lemah memberi dorongan untuk mereka menyertai PKR dan setelah melihat perjuangan PBS begitu jauh tersasar dari perjuangan asal untuk membela rakyat.
"Tindakan ini juga kami lakukan kerana yakin Pakatan Rakyat (PR) yang didokongi oleh PKR akan membawa perubahan terhadap senario politik negara dan yakin PR mendapat sokongan dan dokongan rakyat pelbagai kaum untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara dan negeri dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13 tidak lama lagi," kata mereka yang bertekad membantu PR untuk menjayakan misi mengalahkan BN.
Berdasarkan kepada peningkatan sokongan dalam perjuangan pembangkang sejak akhir-akhir ini, dengan keyakinan dan niat yang ikhlas demi rakyat tempatan mereka berikrar bersama pimpinan PKR dan PR di Tuaran akan membantu untuk menentukan PR memenangi pilihanraya agar tranformasi politik untuk kepentingan rakyat keseluruhannya dapat diaplikasikan dengan lebih telus.
Sejurus melepaskan jawatan dan keahlian mereka sebagai ahli PBS, Ombilod dan Ahling bagi pihak keluarga masing-masing telah menyerahkan borang penyertaan menjadi Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Caabang Tuaran kepada Datuk Seri Anwar sambil disaksikan oleh Ketua Pimpinan PKR Cabang Tuaran, Haji Ansari Abdullah.
PIMPINAN......kelihatan pemimpin PKR yang hadir terdiri dari Penasihat Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah.
"Kami mahu agar peluang pekerjaan terutamanya dalam agensi-agensi kerajaan dibuka lebih luas kepada penduduk asal negeri ini, selain itu jawatan tertinggi dalam jabatan kerajaan hendaklah diberikan keutamaan kepada anak tempatan kerana mereka lebih faham apa yang penduduk asal negeri ini mahu," kata mereka yang mengakui banyak isu tempatan berkaitan pembangunan yang gagal dipenuhi oleh pemimpin BN di sini.
Mereka juga mengharapkan agar dengan kemenangan PR kelak akan dapat memberikan banyak perubahan serta boleh memberi peluang seluas-luasnya kepada anak tempatan untuk bertanggungjawab dalam pengagehan projek kepada anak tempatan kerana apa yang berlaku sekarang hampir kebanyakan projek diagehkan kepada sesetengah pihak yang berkepentingan sahaja.
Sebelum ini, Bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang juga Ketua Cawangan UMNO Nulu Tuaran, Mohd Fairuz Bandar telah juga mengisytiharkan meletak jawatan sebagai Ketua Cawangan dan mengugurkan keahliannya dari Umno.
Majlis Rapat Rakyat anjuran PKR Cabang Tuaran itu telah dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang termasuk Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Thamrin Jaini.
Senario yang biasa dilihat apabila PRU semakin hampir.
ReplyDeleteDekat2 PRU memang ramai yang akan melompat
ReplyDeletelompat parti dah menjadi perkara biasa.
ReplyDeleteTerpulang dengan diri sendiri untuk keluar parti yang ada sekarang. Namun ini memburukkan nama sendiri kerana tidak ada pendirian sendiri dengan memberikan pelbagai alasan semata-mata.
ReplyDeletemacam mana Ombilod mahu membela rakyat Sabah melalui saluran PKR sedangkan PKR sendiri menyatakan akan memberikan laluan kepada SAPP untuk mengadakan satu lawan satu dengan BN??
ReplyDeletebagi saya tindakan Ombilod ini sekadar langkah kebelakang memandangkan Jeffrey sendiri sebagai tokoh politik yang dihormati di negeri ini telah meninggalkan parti itu kerana masalah2 yang wujud dalam parti itu..
ReplyDeletekegagalan sesebuah parti itu dalam membela nasib rakyat Sabah bukanlah kegagalan parti.. sebaliknya kegagalan pemimpin2 yang menggerakkan parti itu.. dia lompat tinggi2 macam mana sekalipun, dia tetap akan gagal.. kerana kegagalan itu ada berpunca dari diri dia sendiri..
ReplyDelete