DATUK Seri Najib Tun Razak berkata sejak menjadi Perdana Menteri tiga tahun lalu, beliau tidak pernah melencong dalam komitmennya bagi membawa perubahan sebenar merentasi semua bidang, dengan kemakmuran, keselamatan dan demokrasi yang berkekalan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.
Najib berkata sehingga itu beliau telah bekerja bagi mentransformasikan ekonomi Malaysia bagi menjadikannya ia sesuai untuk menghadapi cabaran abad ke-21, bagi meningkatkan daya saing, pendapatan dan mengurangkan pengangguran di sepanjang masa itu.
Beliau menegaskan bahawa beliau telah memansuhkan perundangan era kolonial yang menindas dan menggantikannya dengan undang-undang moden dan progresif yang melindungi kehidupan dan hak semua rakyat Malaysia.
Perdana Menteri juga berkata beliau telah mendengar gesaan untuk ketelusan yang lebih luas dalam pilihan raya, menubuhkan suruhanjaya dwipartisan bagi meneliti proses mengundi dan memperkenalkan langkah-langkah seperti penggunaan dakwat kekal bagi mengurangkan kemungkinan penipuan dalam pemilihan.
“Dalam setengah abad kemerdekaan, kita mendapati pembaharuan yang mantap adalah cara terbaik bagi menjamin kestabilan yang berpanjangan. Ia adalah satu proses yang berterusan di Malaysia sehingga hari ini,” kata Najib dalam ruangan Opinion Asia yang ditulis beliau bertajuk 'The Asean Way Won Burma Over' dalam The Wall Street Journal, yang diterbitkan kelmarin.
Najib berkata sebagai pemimpin Malaysia, negara Asia Tenggara tertua mengamalkan demokrasi, beliau sentiasa berminat untuk berkongsi pengalaman-pengalaman ini.
“Ia merupakan satu proses evolusi daripada revolusi, dan proses itu adalah lebih baik disokong dan digalakkan melalui hubungan keluarga dalam negara-negara yang bekerjasama membantu satu sama lain,” katanya.
Najib berkata sebab itu pada sidang kemuncak Asean minggu ini di Phnom Penh, Kemboja, para pemimpin 10 negara kumpulan serantau akan meletakkan sentuhan terakhir berhubung satu deklarasi bertajuk “One Community, One Destiny” (Satu Komuniti, Satu Takdir).
“Ia merupakan satu pengakuan yang amat nyata bahawa masa depan kita bergantung kepada hubungan yang lebih rapat dan lebih erat, bercakap dalam satu nada dan dengan satu matlamat di fikiran, pembangunan berterusan bagi ekonomi kita, masyarakat kita dan di atas semua itu iaitu demokrasi kita. Ia adalah, secara ringkas, pendekatan yang sangat Asia, sangat Asean,” katanya.
Perdana Menteri juga berkata Asean telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan politik, dan dalam konteks ini, tidak ada contoh yang lebih jelas daripada hubungannya dengan Myanmar.
Najib berkata sejak empat dekad kebelakangan ini, Asean mendapat banyak pujian kerana membantu negara-negara anggotanya bagi meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan tetapi ia juga dikritik dalam lingkungan dasar asing kerana berbuat terlalu sedikit bagi menggalakkan demokrasi dan hak asasi manusia.
Dalam konteks ini, beliau berkata sejak beberapa dekad lalu, Myanmar sering dikritik dan ia kerap kali diikuti dengan sekatan.
Apa yang tersirat dalam pendirian ini adalah idea bahawa negara-negara demokrasi seperti Malaysia perlu menjauhi jiran-jiran yang kurang bebas dan satu-satunya cara untuk membawa penambahbaikan ialah dengan melumpuhkannya secara ekonomi ke atas mereka yang tidak mahu menerimapakai peti undi,” kata Najib.
Najib juga berkata negara anggota Asean mengambil satu pendekatan yang lebih nuansa, dengan mempercayai bahawa hubungan dan galakan yang konstruktif sama berkesan, jika tidak lebih, berbanding sekatan dan pengasingan dalam menghasilkan perubahan positif dan oleh yang demikian, Asean menerima Myanmar sebagai negara anggota pada 1997 dan menghulurkan tangan sebagai tanda persahabatan.
Sementara itu di Phnom Penh, Najib Tun Razal berkata kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengkaji kesemua 22 perakuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga mahukan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil kerana ia tidak mahu dipilih berdasarkan apa-apa penipuan.
“Tiada apa yang hendak kita disembunyikan,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-20 di sini yang berakhir kelmarin.
Najib berkata beliau hairan kenapa pembangkang menimbulkan kekecohan apabila laporan jawatankuasa itu dibentangkan di Dewan Rakyat semalam sedangkan terdapat wakil-wakil mereka dalam jawatankuasa yang menyediakan laporan berkenaan.
“Mereka bersetuju dengan laporan itu semasa jawatankuasa itu menyediakan laporannya,” kata beliau.
Antara cadangan jawatankuasa itu ialah supaya pilihan raya umum diadakan sekurang-kurangnya selepas empat tahun dari pilihan raya sebelumnya, dan supaya warga negara yang mencapai usia 21 tahun didaftar secara automatik sebagai pengundi.
Najib juga berkata beliau telah meminta Naib Presiden Indonesia Boediono Pose, yang hadir ke Sidang Kemuncak di sini, supaya menyampaikan hasratnya kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono agar Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat mengenai isu pembantu rumah dari Indonesia ekoran laporan bahawa negara itu mahu mengenakan syarat supaya pembantu rumah Indonesia dibayar RM700 sebulan untuk melakukan hanya satu jenis pekerjaan.
Sejak Jun 2009, Indonesia tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia ekoran dakwaan berlaku penderaan oleh majikan. Larangan itu ditarik balik pada November tahun lepas.
Mengenai tindakan Kemboja melarang rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia sejak Oktober tahun lepas juga dengan alasan mereka ini didera oleh majikan, Najib berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam perbincangannya dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang kelmarin.
Najib perlulah meletakkan komitment dan usaha 100% untuk membawa perubahan kepada semua bidang. Ini adalah tanggungjawab yang berat dan bukan senang ia dilakukan. Sokongan daripada rakyat adalah penting kepadanya supaya beliau ada motivasi untuk meneruskan perjuangan sebagai PM Malaysia.
ReplyDeleteBanyak sangat isu-isu berhubung dengan kepentingan rakyat yang timbul kebelakangan ni. Inilah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh Najib. Selesaikan sebelum tiba PRU.
DeleteAdalah lebih baik jika rakyat kita tidak terlalu bergantung pada pembantu rumah luar negara, ada juga pembantu rumah tempatan yang boleh diambil.
ReplyDeletePerkara ini juga sama dengan mengambil pekerja untuk bekerja di sektor perladangan, pembinaan atau perkilangan di mana persoalannya ialah, berapa ramai rakyat tempatan yang bersedia dan sanggup untuk menjadi pekerja dalam sektor ini?..
Deletesebagai pemimpin ia harus fokus dalam mentadbir negara, jgn lari dari agenda sebenar.
ReplyDeleteDiharap komitmennya tetap teguh
ReplyDeleteYang pasti Datuk Najib telah melakukan yang terbaik dalam tugas beliau sebagai seorang Perdana Menteri.
ReplyDeletewalaupun baru empat tahun beliau menduduki kerusi perdana menteri, sudah banyak pembaharuan yang beliau laksanakan yang mana tidak mampu dilaksanakan oleh pemimpin2 negara sebelum beliau.. syabas!
ReplyDelete