Monday, 23 April 2012

SKANDAL SEKS SHAFIE HANYA FITNAH!



WAWANCARA…..Sabahkini.Net sedang menemubual Muslihat mengenai dakwaan Shafie mempunyai Skandal Seks dengan Zahida.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TUDUHAN-tuduhan yang dilemparkan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Haji Mohamed Shafie Hj Apdal adalah berunsur fitnah yang bertujuan untuk mematikan karier politiknya; sememangnya didalangi oleh orang tertentu di dalam UMNO yang disifatkan sebagai gunting dalam lipatan.

Tuduhan yang menyerang peribadi Shafie sama sekali tidak berasas dan merupakan ekoran daripada sikap iri hati dan hasad dengki terhadap kepimpinannya yang semakin menyerlah dan mantap; bukan saja di peringkat Daerah, ataupun Negeri bahkan, di peringkat nasional.

Demikian dijelaskan sendiri oleh Ketua Kampung Rasak, Semporna merangkap Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO P.189 Semporna; Muslihat Landuh ketika diminta mengulas satu lagi kenyataan yang menghentam Shafie yang bertajuk 'Apdal Borek, Shafie Rintik' yang telah tersiar di Sabahkini.Net pada 22 April 2012.

"Sebagai mewakili Pemuda UMNO Bahagian Semporna, kami menyangkal sekeras-kerasnya dengan dakwaan liar yang tidak berasas pembangkang berhubung Skandal Seks yang sengaja diada-adakan. Bagi Shafie sama sekali tidak terlibat dan tidak tergamak melakukan perkara songsang dan mungkar yang melanggari hukum hakam Islam," kata Muslihat yang mengakui tiba masanya Shafie membela diri kerana berdiam diri hanya memburukkan keadaan dan memberi ruang kepada pembangkang menggunkan isu peribadi sebagai senjata pilihanraya..

Kata Muslihat, pihaknya amat kesal dengan tindakan Paparazzi mengaitkan nama arwah bapa Shafie yang sudah lama kembali ke Rahmatullah. "Bukankah ini satu dosa besar kerana mengaibkan orang yang sudah tiada di dunia ini,” kata Muslihat .

Sebenarnya, kata Muslihat, tohmahan mahupun tuduhan ini sengaja dibuat-buat untuk menjatuhkan imej Shafie dengan mendakwa Shafie melakukan skandal seks (atau hubungan sulit) dengan seorang artis iaitu Zahida Rafik; sedangkan tuduhan tersebut tidak benar sama sekali.

"Mereka sengaja mahu menjatuhkan reputasi bahkan serta memporak perandakan rumah tangganya yang dibina sekian lama; sedangkan Zahida telah menafikan sekeras-kerasnya yang dia ada hubungan sulit dengan Shafie," ujar Muslihat lagi yang menggesa Zahida membuat laporan polis.

Muslihat menambah, tuduhan yang dilemparkan kepada Shafie oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin (PKR) jelas menunjukkan niat sebenar pemimpin tertentu di dalam UMNO yang menggunakan lidah Zuraida untuk memusnahkan kerjaya politik Shafie.

Kata Muslihat lagi, pihaknya amat terkilan dengan dakwaan liar ini dan memberi jaminan akan terus menyokong Shafie sebagai Ketua UMNO Bahagian, Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet.

"Kita yakin Zuraida dan bekas pemandu Zahida telah dibayar untuk mengaibkan Shafie dengan skrip yang direka pemimpin UMNO," kata Muslihat yang meyakini Noor Azman telah membuat pendedahan ini bagi mengelak dirinya diambil tindakan jenayah.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemudah UMNO Bahagian Semporna, kami tidak akan teragak-agak menyaman Noor Azman sekiranya meneruskan pembohongan dan menabur fitnah terhadap pemimpin kami. Kami harap Datin Seri Suryani tabah menghadapi cobaan dan rintangan ini," kata Muslihat lagi.

11 comments:

  1. Rakyat mahu mendengar penjelasan dari mulut Shafie sendiri.

    ReplyDelete
  2. Siasatan perlu dijalankan ke atas laporan yang dibuat oleh Noor Azman. Tidak mustahil juga apa yang dilaporkan tu hanya direka-reka.

    ReplyDelete
  3. Kenyataan Muslihat juga berunsurkan fitnah tanpa bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  4. Tiada apa yang perlu ditakutkan jika DSA tidak bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. lagi pun tu cuma mengakuan perseorangan. Tiada bukti lain

      Delete
  5. hentikanlah membuat fitnah. dosa Fitnah amat besar.

    ReplyDelete
  6. Shafie pun sudah menafikan mungkin memang fitnah. dekat2 PRU13 kan tu

    ReplyDelete
  7. pokok tdk akan berguyang kalau tdk kena angin bah..
    mana mungkin si noor azman berani mo buat cerita sedangkan kalau kedapatan salah masuk pinjara ooo

    p siasat sajalerrr
    lgpun mana ada pesalah mo mengaku buat salah lebih2 lagi t nama rusak..org yg buat salah mesti berabis kasi sembunyi kesalahan dia bahhh..

    KECUALI KALAU SUDAH KEDAPATAN SALAH BERSAMA BUKTI SEKALI BAHHHH..mo menafikan pun tdk dpt sudah..
    siasat bah..
    BUKAN sy mo tuduh org yg berkenaan tapi semua org mau tahu kebenaran bah..itu duit terutamanya dpt dr mana sekiranya benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu tidak perlulah wartawan sibuk kejar Shafie dan Zahida untuk memberikan penjelasan.. minta saja mereka ambil tindakan undang2..

      Delete
  8. Semua ini kalau benar fitnah. Maka bawa pemandu itu kemahkamah kerana menyebarkan berita palsu ini.

    ReplyDelete
  9. memandangkan semua itu hanya fitnah, saya harap Shafie dapat mempercepatkan tindakan undang2 untuk memberikan pengajaran kepada pihak2 yang terdesak mahu menjatuhkan beliau..

    ReplyDelete