Monday 16 April 2012

TIADA PENGAJIAN TINGGI PERCUMA



TIADA pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain, kata Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memansuhkan pinjaman PTPTN jika dilantik menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu ketua pembangkang berkenaan merupakan timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir tanpa mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan cadangan Anwar untuk memansuhkan PTPTN adalah sandiwara semata-mata kerana menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog itu, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai pemangku Perdana Menteri.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata dalam pentadbiran sesebuah negara, pemimpin bukan sahaja perlu mahir dalam ilmu pengurusan pentadbiran tapi perlu ada kecekapan dalam bidang pengurusan kewangan, ekonomi dan kajian saintifik.

Beliau berkata kecekapan dalam bidang-bidang berkenaan diperlukan bagi melengkapkan keupayaan pengurusan dalam negara di samping mengelakkan negara daripada menjadi muflis.

"Sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi tingkatkan ilmu pengetahuan.

"Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik," katanya.

Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang dapat menafikan kemajuan yang ada di negara ini kerana rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing dan mereka sentiasa mengejar ilmu ke peringkat tertinggi.

Beliau berkata buktinya, permohonan kemasukan bagi lebih 30 institusi pengajian awam dan 30 institusi pengajian swasta sering tidak mencukupi walaupun setiap tahun jumlah tempat yang ditawarkan bertambah.

Turut hadir pada majlis sambutan itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. (Bernama)

9 comments:

  1. Mereka yang rasa PTPTN membebankan, lebih baik guna wang sendiri untuk membayar yuran pengajian daripada meminta PTPTN ni dimansuhkan. Lagipun, masih ramai lagi orang di luar sana yang sangat memerlukan pinjaman ini.

    ReplyDelete
  2. Anwar memang sudah lupa bahawa beliau terlibat dalam meluluskan penubuhan PTPTN pada 1997 memandangkan usia beliau juga sudah semakin lanjut.

    ReplyDelete
  3. Actually Anwar Ibrahim is the one who proposed to set up the PTPTN at first, now he wanted to abolish it?

    ReplyDelete
  4. Some countries are able to give free education and free medical is because of the high taxes they charged from the people. But most countries in the world still have to pay high prices to enter their kids in school.

    ReplyDelete
  5. Usul untuk mansuhkan PTPTN ini hanyalah permainan politik. Pemimpin pembangkang seharusnya tahu bahawa M'sia bukannya sebuah negara yang terlalu kaya sehingga boleh sediakan semua kemudahan dengan percuma.

    ReplyDelete
  6. Anwar semakin tua semakin pelupa. Nyayuk. Dulu tidak bantah penubuhan PTPTN sekarang bantah berabisan.

    ReplyDelete
  7. semua nak diharapkan percuma, jgnlah terpedaya dgn kata2 Anwar, dia sendiri dulu terlibat dalam penubuhan PTPTN.

    ReplyDelete
  8. Mungkin ada cara lain untuk membantu PTPTN ini.

    ReplyDelete
  9. di Malaysia, pelajar masih boleh mendapatkan pendidikan percuma sekiranya mereka mampu memperolehi kelas pertama.. jadi, berusaha la untuk mendapatkan kelas pertama., tidak perlu sibuk2 mahu berdemo..

    ReplyDelete