Sunday, 22 April 2012

'TIDAK BIJAK SINGKIRKAN NAJIB LEPAS PRU'



Oleh : NIGEL AW

SEKALIPUN BN kehilangan lebih kerusi dalam pilihan raya akan datang, usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak seperti terjadi kepada pendahulunya sebelum ini masih dianggap langkah tidak bijak, kata penulis terkenal.

Barry Wain berkata, Perdana Menteri amat popular di kalangan rakyat sekarang ini, malah kerajaan serta BN bergantung kepada pengaruh itu.

"Walaupun Najib masih menang pilihan raya tetapi jatuh beberapa kerusi, beliau mungkin berada bawah tekanan, tetapi sukar kerana Najib secara peribadinya popular.

"Beliau amat popular, jauh lebih popular daripada Umno, kerajaan dan BN," kata Wain dalam majlis ucapan anjuran Kelab Penulis Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur.

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menghadapi penolakan daripada dalam setelah kejatuhan buruk BN pada 2008 walaupun mengejutkan banyak pihak kejayaan besar empat tahun sebelum itu.

Bercakap kepada 30 anggota FCCM, Wain sebagai bekas penyunting Wall Street Journal yang berpindah ke Asia hampir 40 tahun itu berkata, Umno juga patut mengekalkan Najib kerana ia berkaitan isu penggantian. (MKINI)

10 comments:

  1. Masing-masing ada pendapat mereka yang tersendiri. Samada Najib kekal sebagai PM ataupun tidak, bergantung kepada keputusan PRU13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. segalanya bergantung pada penentuan PRU13

      Delete
  2. BN dijangka akan menerima saingan hebat pada PRU13 ini namun kelebihan untuk menang masih berpihak kepada BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelebihan itu yang menjadi kerisauan pembangkang sejak kebelakangan ini.. sebab itu mereka menganjurkan pelbagai perhimpunan dan juga menghasut pelajar melakukan demonstrasi supaya kerajaan dapat digulingkan tanpa perlu melalui pilihanraya..

      Delete
  3. Pasti ada sebab sekiranya jumlah kerusi yang dimenangi berkurang.

    ReplyDelete
  4. Apa2 boleh terjadi bila PRU. kadang2 sesuatu yang tidak dijangka2 boleh berlaku. jadi, bersiap sedialah.

    ReplyDelete
  5. Semuanya bergantung pada rakyat. kita tunggu saja lepas PRU.

    ReplyDelete
  6. PRU belum lagi berlangsungm jadi keputusan belum tau lagi.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan BN masih menjadi pilihan rakyat untuk memerintah Negara ini. Jadi kita tengok apa perubahan yang akan diberikan kepada kita selepas PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  8. walaupun baru tiga tahun mengambil alih jawatan perdana menteri, Najib telahpun membuktikan kemampuan beliau dalam men tadbir negara ini.. sudah banyak perubahan yang beliau laksanakan yang mana ada antaranya tidak mampu dilaksnakan oleh pemimpin2 terdahulu..

    ReplyDelete