Sunday, 22 April 2012

ZAHIDA ANCAM TINDAKAN MAHKAMAH



PELAKON wanita terkenal, Zahida Rafik mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menerima wang RM1.5 juta daripada Menteri Umno yang didakwa mempunyai 'hubungan intim' dengannya.

Menjawab soalan peminat di Twitter, Zahida menafikan dakwaan itu dan berkata peguamnya sedang meneliti kes itu.

"Saya tidak lakukan apa-apa berkenaan perkaran itu. Peguam saya sedang menyelesaikan perkara itu sekarang! Jadi biarkan mereka (lakukannya), OK!

"Tunggu saja berita baik,OK!" katanya dalam laman blog mikro itu.

PKR kelmarin mengetengahkan laporan polis mendakwa terdapat seorang menteri pusat membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang Zahida dalam tempoh empat bulan 'hubungan intim' mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di Balai Polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwanya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Saudaranya dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.

Zuraida mendakwa artis itu menerima RM58,000 pada Oktober lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

9 comments:

  1. Whatever Zahida. Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul skandal ni, kedudukan Shafie pasti akan terjejas pilihanraya kali ni.

      Delete
  2. Skandal ini harus disiasat dengan telus!

    ReplyDelete
  3. kalau sampai masuk mahkamah pasti lebih hot tu kontroversi

    ReplyDelete
  4. Inilah salah satu cabaran yang terpaksa ditanggung oleh orang2 terkenal ni. Pandai2lah kasih settle..

    ReplyDelete
  5. selagi belum terbukti, jgn percaya.

    ReplyDelete
  6. Kita tunggu mungkin ada pihak yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara ini. Bawa saja kepada mahkamah. Tidak perlu main ancam-ancam lagi. Perkara ini suda tersebar luas.

    ReplyDelete
  7. itulah jalan terbaik bagi menutup mulut2 celupar yang suka menggunakan fitnah untuk memuaskan nafsu politik mereka..

    ReplyDelete
  8. Shafie perlu ikut cara Anwar.. apa sahaja tuduhan berkenaan dengan skandal seks dan yang seangkatan dengannya, perlu terus dinafikan sekalipun ada bukti kukuh..

    ReplyDelete