KUALA LUMPUR: Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah
menyalahkan Perdana Menteri SEmentara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang
timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.
Rais (gambar), yang
digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan
bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut
lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk
bertanding.
"Dalam menentukan calon
mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang
perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti
mereka,” kata Rais.
Sebelum ini, Harakahdaily
melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak
wujud dalam BN.
Katanya, yang ada hanya
calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai
Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.
"Jika produktiviti
mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu
muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais
lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN
dalam pilihanraya umum ke 13.
Rais turut berkata calon
mesti ditentukan dengan lebih awal untuk
mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat
akhir, seperti yang berlaku sekarang.
Semalam, seramai 61 ahli
Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas
timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding
sebagai calon Bebas.
Perkara itu diputuskan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad
Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.
Fasal itu menyatakan
mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat
daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.
"Surat-surat pemecatan
keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen
yang dipetik Sinar Harian.
Sebelum ini, Harakahdaily
melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana
bertanding atas tiket bebas. (HarakahDaily)
No comments:
Post a Comment