Wednesday, 24 April 2013

SEBATIK MUNDUR KERANA ADUNNYA PATI?






BERSEMANGAT....Jeffry bersama para penyokongnya sejurus kembalinya dari melawat Pulau Sebatik.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEBATIK: Pencabar kerusi DUN Sebatik, Dato Mohd Jeffry Rosman yang bertanding atas tiket Parti STAR yang akan menentang calon BN, Muis Picho yakin Parti STAR akan membuat kejutan dengan merampas kerusi berkenaan daripada tangan BN.

Rakyat Sebatik terlalu daif dalam pembangunan infrastruktur maka mereka mahukan perubahan besar kerana Muis Picho dikhabarkan seorang Wakil Rakyat PATI yang jiwanya tertinggal di Indonesia setelah menjadi warganegara songsang Malaysia melalui 'Projek Durian Buruk' JPN sebagaimana yang didedahkan dalam RCI sedikit masa lalu.

Jeffry berkata demikian dalam ceramah kempennya di beberapa buah kampung di DUN Sebatik kelmarin yang antara lain menyatakan oleh kerana Muis Picho terlalu banyak menabur janji kepada penduduk Pulau Sebatik, tetapi yang ditunaikan tidak sampai 20 peratus; yang selebihnya janji hanya tinggal janji yang tidak mungkin ditepati.

Rakyat Malaysia di Sebatik kesal kerana BN masih mencalonkan Muis yang ternyata gagal membangunkan Sebatik sejak lima tahun lalu dan kesal kerana ramai pemimpin tempatan yang berkelayakan.





“Sekiranya STAR ini diberi mandat untuk mewakili mereka, saya akan berusaha sedaya upaya memajukan kampung yang masih terpinggir daripada arus pembangunan termasuk bekalan elektrik; terutama Kampung Melayu yang menyambung elektrik daripada negera jiran Indonesia,” tegasnya.

Penduduk Kampung Melayu, kata Jeffry sudah bosan menunggu janji Muis sehingga bertindak sendiri mendapatkan kemudahan asas daripada Indonesia sekalipun mereka sudah menghirup udara merdeka sejak 1963.

Kegagalan kerajaan BN dalam memberikan pelbagai kemudahan asas di DUN Sebatik telah memberikan impak besar kepada para pengundi di kawasan itu kerana mereka terlalu kehausan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan BN; membuatkan mereka sudah bosan dengan gelagat para pemimpin BN yang hanya pandai melafazkan janji tetapi tidak ditepati.

Sehubungan itu, rakyat Sebatik wajar memberikan sokongan kepada STAR yang akan membentuk Kerajaan Negeri Sabah selepas 5 Mei kelak, terutama kebangkitan Anak Negeri Sabah yang selama ini dilayan secara tidak adil.

No comments:

Post a Comment