Wednesday, 24 April 2013

RAKYAT GUM GUM TETAP BERSAMA BN






YAKIN.....Zakaria yakin BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN Gum-Gum tanpa tentangan yang hebat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                  Foto : SAFFIE S JUMADI

GUM-GUM : Tidak ada pihak yang dapat menolak kejayaan Barisan Nasional melakukan transformasi di Gum Gum iaitu daripada kawasan mundur kepada tumpuan pembangunan berskala besar.

ADUN Gum Gum, Datuk Zakaria Edris mengakui selama dua penggal mewakili Gum-Gum, banyak kejayaan telah dicapai kerana Kerajaan BN sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar melalui Dasar Urbanisasi bagi melonjakkan ekonomi luar bandar.

Zakaria menegaskan selama ini Gum-Gum telah berubah wajah dan semakin maju dengan terbinanya Program Perumahan Rakyat (PPR); Dewan Serbaguna, Pasar Gum-Gum, Masjid, Projek naik taraf jalan kampung; sistem bekalan air paip dan projek tebatan banjir.

“Sokongan rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional (BN) semakin kental, termasuk sokongan masyarakat Cina yang mahukan BN terus memerintah kerana telah memberi kemakmuran kepada Sabah," ujar Zakaria.

“Parti pembangkang yang menentang saya dalam PRU kali ini hanya sekadar mengisi kesombongan pemimpin mereka yang berjanji memetik bintang di langit, tetapi tidak mampu mendapat walau satu kerusi di bumi," kata Zakaria yang begitu yakin BN akan menerusikan tradisi membela rakyat dengan slogan 'Janji Ditepati!'

No comments:

Post a Comment