Monday 22 April 2013

AKUJANJI KATALIS BN TUNAI JANJI PRU-13






YAKIN....Kerusi Parlimen Sandakan, DUN Elopura dan Tg Papat kekal miik BN semula PRU 13 ini.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                  Foto  : MIMIE AZZARYA HAMZAH

SANDAKAN : Kaum Bumiputera dan Cina tetap memberikan sokongan padu kepada calon dari Barisan Nasional (BN) walaupun akan berlaku ketegangan kerana dihasut pembangkang, terutama di kawasan yang agak kritikal sebelum ini.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong, berkata parti tidak pernah gentar menghadapi apa jua cabaran malahan sentiasa memastikan pengundi akan memihak kepada BN; ditambah lagi dengan kerjasama erat daripada rakan-rakan komponen BN.

Beliau merujuk kawasan Jalan Cecily dalam DUN Karamunting yang dikatakan kritikal sekali gus membebankan kepada calon untuk meraih sokongan.

"Jentera parti yang sedang berjalan ketika ini akan menumpukan Jalan Cecily supaya keyakinan rakyat di situ akan bertambah kepada BN. Saya yakin, kita boleh menarik lebih ramai lagi pengundi menerusi gerakan turun padang," katanya.

Bercakap kepada media semasa ditemui selepas Perjumpaan Bersama Rakyat di Kg Sim-Sim Tengah, dekat sini, kelmarin beliau berharap calon LDP bagi kerusi Karamunting iaitu Charles Pang Su Pin akan menjadikan kawasan terbabit sebagai 'Akujanji' selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Katanya, gerakan jentera parti dari LDP bahagian berkenaan dengan sokongan jitu akan memberi tumpuan dengan mendapatkan lebih ramai pengundi yang dikatakan kaum Tionghua itu mengundi BN pada pilihan raya kali ini.

Liew tidak menolak mungkin Jalan Cecily masih dianggap cabaran getir kepada BN disebabkan kurangnya perhatian bagi mengukuhkan parti selama ini.

"Sekiranya calon kita menang di Karamunting pada PRU-13 nanti, saya akan mengarahkan Charles Pang untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul di Jalan Cecily.

"Saya mahu dia memenuhi akujanjinya untuk membela penduduk di situ. Ini janji kita, sebab itulah dalam kempen-kempen yang kita jalankan saya mahu penduduk di Jalan Cecily memberikan kepercayaan kepada BN yang serius membela nasib rakyat," tegasnya selaku calon bagi kerusi Parlimen Sandakan.

Dalam perkembangan lain, beliau yakin ketiga-tiga kerusi BN yang dipertahankan iaitu Parlimen Sandakan dengan dua DUN Tanjung Papat dan Elopura mampu dikekalkan apabila sokongan rakyat semakin baik.

Menurutnya, sepanjang kempen kelmarin dia mendapati rakyat tidak segan-silu untuk bersalam dengannya sambil bertanyakan khabar sekali gus menunjukkan keyakinan rakyat terhadap parti.

Sementara itu, Liew meminta penduduk di Kampung Sim-Sim Tengah supaya bersabar dengan permohonan yang mereka buat sebelum ini di mana beliau akan berusaha untuk mengatasi setiap keperluan di perkampungan tersebut.

"Saya tahu kemudahan dari segi asas amat diperlukan penduduk di kampung ini ... jangan bimbang selepas kita mencapai kemenangan nanti, masalah saudara akan saya atasi secepat mungkin," ujarnya.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon dan Timbalan Ketua Umno Sandakan, Datuk Awang Sham Haji Amit.

No comments:

Post a Comment