Oleh : AIDILA RAZAK
PAKATAN Rakyat Sabah yakin
akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi parlimen di Sabah walau menghadapi
tentangan pelbagai penjuru di banyak kerusi.
Pengerusi DAP Sabah, Jimmy
Wong berkata Pakatan yakin akan mempertahankan kerusi Kota Kinabalu, Tuaran dan
Beaufort.
Kota Kinabalu dimenangi
calonnya Hiew King Cheu pada 2008 manakala Tuaran dan Beaufort pula
masing-masing dimenangi Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin.
Bumburing dan Lajim
memenangi kerusi itu ketika menyertai BN tetapi kini menjadi sekutu Pakatan.
Lapan lagi kerusi yang
diintai Pakatan adalah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom,
Keningau dan Penampang
Mabukk tapaii ni cinaapekkk. .. Banyak monginummm. . Lain kali laaa gaman
ReplyDelete