MENTERI Perushaaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok mencadangkan pelbagai amalan mahkamah adat di Sabah dikanunkan supaya undang-undang adat tersebut dapat ditadbir dengan lebih baik.
Beliau berkata amalan di setiap daerah mengenai fungsi mahkamah adat adalah berbagai-bagai menyebabkan daripada satu segi perlu dikanunkan.
"Kita berharap di masa akan datang sistem mahkamah adat ini akan menjadi salah satu tunggak kepada sistem kehakiman negara seiringan dengan mahkamah syariah dan mahkamah sivil," katanya kepada pemberita di majlis pecah tanah cadangan pembinaan bangunan Mahkamah Adat Penampang berharga RM5 juta, di sini pada Isnin.
Dompok, yang juga pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kabinet bagi bumiputera Sabah dan Sarawak, berkata dua buah lagi bangunan mahkamah adat akan dibina di Keningau dan Kudat sedikit masa lagi. (BERNAMA)
Sokong dengan cadangan Bernard Dompok. Harap ia akan dipertimbangkan kerana mahkamah adat juga tidak kurang pentingnya.
ReplyDeleteBagaimana pula dengan perluasan khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bagi kes-kes Mahkamah Hak Adat di Sabah?
ReplyDeleteMartabatkan fungsi mahkamah adat.
ReplyDeleteSemoga mahkamah adat yang bakal dibina akan dapat berfungsi dengan baik dan membela nasib anak negeri.
ReplyDeletesetuju dengan Bernard...sudah tiba masanya amalan mahkamah adat dikanunkan..
ReplyDeletediharap perkara ini akan dipertimbangkan dengan sewajarnya..
ReplyDeletejuga diharapkan pembinaan mahkamah adat akan siap dalam masa yang ditetapkan dan tidak menghadapi sebarang masalah yang akan menyusahkan pada masa akan datang.
ReplyDeletemahkamah adat mmg wajar dikanunkna, mahkamah ini jg penting dalam selesaikan isu2 adat.
ReplyDeleteMemang bagus dinaik taraf standard mahkamah adat
DeleteGuna peruntukan sebaik mungkin. Jangan bazirkan tu duit peruntukan.
ReplyDeletePenambahbaikkan undang-undang adat perlu bagi memastikan semua pihak berpuas hati.
ReplyDeletedengan adanya mahkamah adat, secara tidak langsung akan mampu menjaga adat di negeri ini tanpa perlu risau ditelan zaman..
ReplyDelete