Monday, 23 April 2012

SABAH AIR SEDIA KHIDMAT DALAM DAN LUAR NEGERI



SYARIKAT pengendali helikopter yang beroperasi lebih 30 tahun di negeri di Bawah Bayu, Sabah Air Aviation Sdn Bhd (Sabah Air) membayangkan kemungkinan mengendali penerbangan dalam dan luar negeri.

Pengerusinya, Datuk Yusoff Mohd. Kasim berkata perkara itu masih di peringkat perbincangan bersama kerajaan negeri dan bergantung pada keperluan di masa depan.

"Terdapat kemungkinan Sabah Air melakukan cadangan itu dan merancang menjadi sebuah syarikat yang mengendalikan perniagaan penerbangan, namun ia masih bergantung kepada beberapa perkara termasuk pemilikan lesen mengendalikan penerbangan untuk orang awam," katanya kepada pemberita pada Persidangan '1st Malaysian Helicopter Emergency Services (HEMS)' di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Yee Moh Chai merasmikan persidangan selama dua hari itu.

Yusoff berkata pada masa ini, Sabah Air hanya mengendalikan penerbangan helikopter bagi tujuan menyelamat atau kecemasan, penghantaran barangan dan membawa orang kenamaan. (Bernama)

11 comments:

  1. Baru peringkat perancangan tapi harap2 akan menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. Sabah Air perlu dinaiktaraf dari penggunaan helikopter kepada kapal terbang bagi menampung lebih ramai penumpang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin perlu untuk menwujudkan lagi persaingan yang sihat...ianya akan memberi manfaat kepada pengguna..

      Delete
  3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rancang dan laksanakan baik2.

    ReplyDelete
  4. Semoga dapat melihat Sabah mempunyai syarikat penerbangannya sendiri yang setaraf dengan syarikat penerbangan lain.

    ReplyDelete
  5. apa2 pun diharap apa yang dirancang akan menjadi kenyataan..

    ReplyDelete
  6. bgs jika Sabah Air menjadi syarikat penerbangan di Sabah. jadi kita perlu harap sangat dgn MAS dan Airasia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Sabah harus pertingkatkan kualiti perkidmatan dan penerbangan

      Delete
  7. Alternatif kepada penerbangan yang lain. Memang idea yang bagus.

    ReplyDelete
  8. dengan kehadiran Sabah Air ini sememangnya dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan penerbangan yang ada ke Sabah.

    ReplyDelete
  9. Sabah memang patut mempunyai syarikat penerbangan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada syarikat penerbangan luar..

    ReplyDelete