BARANGAN bersubsidi merupakan antara barangan bernilai RM33,357 yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dari sebuah bot di kawasan pantai Batu Batu, Sabindo petang semalam.
Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Tawau, ASP Mohamad Ismail berkata Rabu, barangan bersubsidi seperti gula pasir seberat 624kg, petrol (675 liter), Beras Nasional (290kg), Beras Bumi Sabah (290kg), minyak masak (207kg) dan gas memasak (9 tong) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.
"Bertindak atas maklumat orang awam, anggota kami memeriksa sebuah jongkong di kawasan pantai Batu Batu dan menemui barangan berkenaan. Juragan jongkong berusia 24 tahun iaitu seorang warganegara Indonesia dan jongkongnya kemudiannya ditahan selepas dia gagal menunjukan dokumen berkaitan barangan itu," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam.
Pada 29 dan 30 Mac lalu, PPM Tawau juga menggagalkan cubaan menyeludup keluar gula pasir sebanyak 2,760kg, gas memasak (68 tong), daging beku (600kg), baja sebatian (400kg), lada kering (350kg), lobak merah (31 kotak) dan sayap ayam (2 kotak). (Bernama)
teruskan lagi operasi dan pemantauan dalam banteras aktiviti ini.
ReplyDeleteBila kerajaan menarik subsidi, ramai rakyat yang bising. Bila kerajaan memberi subsidi pula, barang diseludup keluar. Merugikan kerajaan saja.
ReplyDeleteTindakan yang cekap oleh polis marin. Semoga lebih banyak rampasan yang akan dapat dibuat lepas ni dan aktiviti penyeludupan dapat disekat.
ReplyDeleteSyabas dengan tindakan yang wajar dari pihak polis. Aktiviti ini harus dijalankan selalu agar tiada pihak mengambil kesempatan.
DeleteAktiviti ini harus dipantau dan dikenakan tindakan.
ReplyDeletePihak berkuasa mainkan peranan amat penting utuk menyeket aktiviti penyeludup. Teruskan usaha.
ReplyDeleteAktiviti ini semakin banyak terutama ekonomi yang semakin tidak stabil. Semoga kes penyeludup ini dapat dikawal.
ReplyDeleteOperasi harus dikerapkan, untuk membanteras dalang2 penyeludupan.
ReplyDeleteTahniah kepada pihak yang tanggungjawab atas rampasan tersebut.
ReplyDeleteKepada penyeludup supaya tidak membawa keluar barangan bersubsidi keluar. Kerana ini mementingkan diri sendiri.
ReplyDeletekalau soal minta subsidi, bukan main lagi rakyat hingga sanggup boikot itu ini.. tapi bila dapat subsidi, dihantar pula ke negara jiran.. habis barang subsidi kita dibuatnya bisnes..
ReplyDeletepenyeludup barang subsidi ini perlu dikenakan tindakan tegas dan hukuman yang berat memandangkan tindakan mereka itu bukan sahaja menyusahkan kerajaan malah menyusahkan rakyat..
ReplyDeleteanyway, tahniah kepada pihak berkuasa kerana bertindak pantas sebelum barang2 itu sempat dibawa keluar.. teruskan operasi seperti ini..
ReplyDelete