Monday, 16 April 2012

BENTENG MANUSIA PECAH, KHEMAH SISWA ROBOH



Oleh : LEVEN WOON

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin mahukan kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah daripada kawasan itu.

Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada Konsert Diraja malam semalam.

Mahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran Datuk Bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak.

DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampas satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak.

No comments:

Post a Comment