Saturday, 7 April 2012

DAP CABAR MUSA TANDING DI BEAUFORT?


Oleh : MEDIA DAP

PENGERUSI DAP Beaufort, Mohd Jamil Jakaria mengulas kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam Harian Ekspres (muka 2) pada 3 April, 2012 yang memberi penghargaan yang amat tinggi dan memuji kepimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Aman berdasarkan kemenangan beliau dalam PRU 2004 dan 2008 dengan majoriti besar.

Beliau berkata, dalam konteks ini, Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah merangkap pengerusi Barisan Nasional Sabah memang layak mendapat pujian setinggi itu. Tetapi persoalannya adakah kata-kata 'keramat' itu boleh lahir dari setiap orang rakyat Sabah?

Jamil berharap dan ingin melihat rakyat di Kota Belud juga akan memberi pujian yang sama terhadap Ahli Parlimen mereka, kerana beliau yakin Datuk Abdul Rahman telah berkhidmat dengan cemerlang di kawasannya.

Untuk ulasan lanjut mengenai kata-kata Datuk Abdul Rahman yang berbunyi “jika itu bukan pengesahan bebat terhadap kepimpinan Ketua Menteri, saya tidak tahulah apa lagi.”

Jamil menegaskan bahawa beliau tidak dapat mengiktiraf pengesahan itu sebab menurut beliau, selaku Ketua Menteri selama 9 tahun, Datuk Musa Aman belum sampai ketahap ujian 'populariti' di luar kawasan pilihanraya.

Untuk itu, selaku Pengerusi DAP Beaufort, Jamil menjemput dengan hormatnya Datuk Musa Aman datang ke kawasan Beaufort untuk bertanding dalam PRU13 akan datang ini.

Anggaplah pelawaan ini, kata Jamil sebagai 'Kemuncak Cabaran' bagi Datuk Musa sama ada layak atau sebaliknya untuk menerima pujian yang sama pada tahun berikutnya.

Jamil percaya nama Datuk Musa Aman bukanlah asing bagi rakyat Beaufort. Jika Datuk Musa gagal menyahut cabaran ini, bermakna jawatan Ketua Menteri pasti akan beralih tangan selepas PRU 13 nanti, tambah beliau.

12 comments:

  1. Ahli DAP Sabah terutamanya orang asli patut keluar daripada DAP yang mengkhianati status Anak Negeri kerana melindungi mereka yang menggunakan sijil anak negeri palsu. DAP tidak layak memperjuangkan status orang asli di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Sama ada Datuk Musa Aman akan bertanding di Beaufort ataupun tidak terletak dalam keputusan beliau, ia tidak akan menjejaskan sama ada beliau akan kekal sebagai KM Sabah selepas PRU-13. Jikalau BN mendapat majoriti undian rakyat Sabah, Musa Aman masih ada peluang menjadi KM.

    ReplyDelete
  3. kawasan Musa adalah di Sandakan, di Beaufort ada ramai pemimpin lain seperti Lajim yang boleh menjaganya dan tidak ada salahnya Rahman memuji Musa kerana apa yang diperkatakannya mmg benar.

    ReplyDelete
  4. cabar mencabar mainan politik DAP...tiada hasil...tidak payah layan..buang masa saja..

    ReplyDelete
  5. kalau DAP menang di beaufort, baru cabar datuk musa...sekarang beaufort adalah milik BN...

    ReplyDelete
  6. DAP pun belum tentu menang di Beaufort.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tembirang saja ba DAP ni.. mentang2 banyak menang kerusi di Sarawak, terus pemimpin2 dia berlagak macam mereka la bakal2 memerintah negara selepas PRU13..

      Delete
  7. Rasanya tidak ada masalah untuk bertanding dimana pun jika wakil itu ada yang terbaik. Seperti Datuk Anifah Aman yang bertanding di Kimanis juga. Semestinya mendapat sokongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan tidak ada masalah juga jika Musa enggan melayan cakap si Jamil ni..

      Delete
  8. isu DARD puji Musa Aman pun mahu dipanjangkan sampai cabar Musa bertanding di Beaufort ka?? kalau DAP tidak ada isu untuk diketengahkan, rajin2 la turun padang cari isu berkenaan dengan masalah rakyat..

    ReplyDelete
  9. sudah tentulah Jamil tidak bersetuju dengan DARD.. kalau Jamil puji KM Sabah, lingkup la pembangkang di Sabah.. tapi Jamil perlu ingat, siapa lagi yang patut memuji ketua parti kalau bukan ahli2 parti itu.. takkan la DARD mahu puji Lim Guan Eng atau Anwar pula..

    ReplyDelete
  10. saya pun mahu cabar DAP supaya bersatu dengan SAPP.. kalau tidak mampu bersatu pun sekurang2nya bekerjasama.. boleh ka?? kalau tidak boleh, bermakna DAP hanya pentingkan jawatan kabinet negeri, bukannya masalah rakyat..

    ReplyDelete