Oleh : HAZLAN ZAKARIA
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata Dataran Merdeka, tempat BERSIH 3.0 dijadual diadakan pada 28 April ini bukan merupakan tempat orang ramai dibenarkan untuk berhimpun walaupun secara aman.
Menurutnya, Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagai kawasan untuk mengadakan perhimpunan aman.
Beliau memberitahu pemberita demikian ketika ditemui di Parlimen sebagai mengulas penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April kerana tidak puashati dengan syor jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya yang didakwanya gagal menangani isu-isu utama.
Dalam reaksi segera, Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga berkata, pihaknya akan berbincang dengan polis mengenai perkara itu.
perhimpunan ini tak patut diadakan, kekecohan boleh timbul.
ReplyDeleteTidak habis2 dengan perhimpunan. Cukuplah keadaan huru hara yang timbul sewaktu perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.
ReplyDeletePerhimpunan tu sengaja dibuat oleh pihak pembangkang untuk menarik perhatian rakyat.
DeleteBelajarlah dari kesilapan lalu. Perhimpunan hanya akan berakhir dengan keganasan.
ReplyDeleteSemoga masalah ini akan dapat ditangani.
ReplyDeleteBERSIH Tidak patut disokong.
ReplyDeletelagi dihalang oleh kerajaan lagi la penganjur Bersih suka.. jangan harap puak2 terdesak ini mahu ikut peraturan.. kali ini mereka mahu lebih ramai peserta yang cedera atau meninggal dunia..
ReplyDelete