Oleh : KOH JUN LIN (MK)
AHLI jawatankuasa pemandu BERSIH dan saintis politik, Wong Chin Huat mendedahkan lebih banyak contoh pengundi 'klon', yang didakwanya sebagai pengundi hantu.
Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong menjelaskan empat kaedah pengundi boleh didaftarkan banyak kali, supaya mereka dapat mengundi beberapa kali.
"Anda boleh mendapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua orang lain di dunia," kata Pensyarah Universiti Monash itu sinis.
Empat kaedah tersebut adalah:
1. Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
2. Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
-Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru; dan
-Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza .
Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin 'diklon' dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh 'klon' bagi jenis pertama.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.
Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor IC lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan 'screenshot' dari lamanweb semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
SPR perlu selaraskan senarai pengundi dgn data2 di JPN.
ReplyDeleteDengan penambahbaikan yang telah dibuat melalui PSC rasanya isu2 seperti ini tidak timbul lagi. harap senarai daftar pengundi akan dibersihkan sebelum tiba PRU.
ReplyDelete'Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu berapa banyak terdapat "klon" dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.'
ReplyDeleteJadi kenapa dijadikan salah satu kaedah sekiranya tidak tahu berapa banyak, lebih bagus kalau ada sampel. Tu semua hanya lah pendapat dan kajian Wong Chin Huat. Kebenaran daripada kajian tu belum tentu lagi.
SPR telah pun mengenal pasti mereka yang mencurigakan. Maka kita tunggu apa SPR akan lakukan.
ReplyDeleteSemoga masalah pengundi hantu dapat diselesaikan.
ReplyDeletesebagai pensyarah, beliau sepatutnya mengemukakan bukti atau fakta bagi menyokong dakwaan beliau.. adakah benar pengundi itu diklonkan atau pengundi itu sendiri yang tidak mengemaskini maklumat mereka dalam daftar pemilih??
ReplyDelete