Tuesday, 3 April 2012

MUDANITA SAPP SEDIA GALAS CABARAN

PARTI Maju Sabah (SAPP) baru-baru ini telah meluluskan penubuhan sayap baru dipanggil sebagai Mudanita khusus untuk wanita muda berusia 18-35 tahun. Ahli Majlis Tertinggi, Philicica Tong telah diberi tanggungjawab sebagai ketua Mudanita.

Menurutnya, Mudanita telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungannya melalui mesyuarat pertama di Ibu pejabat Sabtu lepas. Selain Philicica sebagai Ketua, Siti Suryani Abdul Lamit dan Khau Kha Wui masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua, manakala Elsiavena Molly Sonny (Setiausaha) Pathlyn Leosie M. Mikat (Bendahari), Penny Ginsu (Ketua Penerangan), Amy Amanda Ginsu (Penolong Setiausaha Penganjur), Rosminie Ag Dami (Penolong Setiausaha), Allison Lo (Penolong Ketua Penerangan), Jawatankuasa Perhubungannya pula terdiri daripada Sherine Chong Tze Tzong , Wendy Chia , Phyllis Moluntang , Noranizah Mausar , Nur Fadilah Kassim.

"Kita mengajak wanita muda untuk menyumbang tenaga dan idea demi perjuangan membela rakyat" kata Philicica.

Menurut beliau lagi, antara Objektif penubuhan Pergerakan Mudanita adalah untuk mewujudkan satu landasan bagi wanita muda bergiat dalam aktiviti dan didedahkan dengan isu-isu semasa khususnya isu-isu yang melibatkan masyarakat negeri Sabah.

Melalui perkembangan semasa, setiap warga Sabah harus berani dan bersama-sama memperjuangkan hak orang Sabah agar Sabah tidak terus dikongkong oleh Pemimpin Semenanjung dan terus menerus digelar sebagai 'fixed deposit'.

"Rakyat Sabah harus sedar dan berjuang untuk mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam perjanjian 20 perkara kemasukan negeri Sabah dalam Malaysia" sambung beliau lagi.

Beliau menegaskan, Mudanita akan mengikis persepsi dengan memperkukuhkan pengetahuan politik dan sentiasa berada dibarisan hadapan bersama Pemuda dan Wanita SAPP. Mudanita akan bergerak aktif dalam kerja sosial dan kemasyarakatan disamping memainkan peranan penting menghadapi pilihanraya kelak.

Beliau mengakui, masa terlalu suntuk untuk menyediakan pasukan yang besar, bagaimanapun disebabkan 70% anggota Mudanita adalah evolusi dari sayap terdahulu yang dipanggil Graduan Kem Belia(GKB), beliau optimis Mudanita mampu menjadi sandaran untuk menggalas tugas penting itu kelak.

Menurutnya, dengan adanya kerjasama erat dan bimbingan kuat, masa bukanlah suatu penghalang untuk menempah kejayaan.

5 comments:

  1. SAPP ada sayap baru sudah. kita tgklah bagaimana mudanita ini bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aada sayap pun tidak akan terbang tinggi juga tu

      Delete
  2. Dekat2 PRU tubuhkan mudanita tiad makna juga tu. Rakyat Sabah mojoriti tidak akan bagi mandat kepada SAPP lagi.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu saja apa yang SAPP mampu lakukan selepas ini.

    ReplyDelete
  4. ba kasi turun la bertanding nanti masa pilihanraya umum.. mana boleh vateren2 saja yang bertanding.. yang muda2 pun mahu juga ba..

    ReplyDelete