Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SYAHADAH YAHYA
SEBILANGAN besar penduduk yang menetap di Pulau Bum Bum, Semporna mendesak ADUN Sulabayan, Hj Herman Mohamad untuk membina semula dan membaik pulih kerosakan tangga di Jeti Umum ke Pulau Bum Bum dengan seberapa segera yang boleh.
Kerosakan tangga tersebut yang sekian lama tidak dipedulikan oleh ADUN berkenaan telah menimbulkan pelbagai masalah kepada para penduduk berkenaan kerana sering mendapat kecelakaan ketika menggunakan jeti tersebut.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Semporna, Mohammad Seh Hj Abdul Liri berkata demikian sewaktu beliau mengadakan lawatan mengejut ke jeti berkenaan setelah menerima aduan orang ramai.
“Sebenarnya ADUN berkenaan sudah lama mengetahui kerosakan Jeti tersebut yang merupakan laluan utama penduduk setempat tetapi beliau sengaja tidak mahu memperdulikan masalah dan rintihan rakyat di kawasan yang diwakilinya,” tegas Mohammed lagi.
Kata Mohammad lagi, ekoran kurangnya prihatin ADUN berkenaan telah menimbulkan pelbagai persepsi songsang di kalangan para penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap kepimpinan ADUN berkenaan.
“Selama ini rakyat sudah menganggap ini merupakan satu kegagalan Wakil Rakyat yang diamanahkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan sekaligus kelumpuhan sistem penyampaian kerajaan,” kata Mohammad Seh lagi.
Akibat daripada kelemahan ADUN Sulabayan menunaikan janjinya, maka jelas sekali sungutan rakyat boleh menggelincirkan sokongan dan menghakis peluang BN mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya umum akan datang.
Selain dari Jeti Umum yang menjadi rungutan umum, Mohammad Seh juga menggesa agar Kerajaan Tempatan dan Perumahan menaiktaraf jeti Pasar Ikan kerana menjadi laluan pendaratan alternatif kepada penduduk pulau; termasuk kegunaan pelancong luar kerana Jeti Pelancongan hanya menjadi Projek Gajah Putih.
“Memandangkan pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) sudah semakin hampir, maka sebagai pemimpin parti komponen Parti Barisan Nasional (BN), saya merayu agar ADUN Sulabayan mengambil perhatian serius dan tidak membuka ruang kepada pembangkang untuk menjadikan kemunduran prasarana sebagai isu untuk mempengaruhi rakyat bagi meraih undi,” tegas Mohammad Seh lagi
Segerakan baikpulih jeti tu
ReplyDeleteHopefully the Sulabayan MP will give allocations to repair the damaged Jetty.
ReplyDeleteThe Sabah CM has urged all leaders to fulfill their promises to the people, hopefully the Sulabayan ADUN will do so.
ReplyDeleteya..setiap pemimpin harus berusaha untuk memnuhi tanggungjawb mereka kepada rakyat.
Deletelangkah untuk membaikpulih harus dibuat dengan segera.
ReplyDeletesebarang aduan yang diterima harus diselesaikan untuk kepentingan rakyat..
ReplyDeletejeti itu harus diperbaiki segera demi keselamatan penggunanya.
ReplyDeletekalau sudah tahu kerosakkan tu, jangan la buat2 tidak tahu pula.. jangan tunggu berlaku kecelakaan baru terhegeh2 ambil tindakan..
ReplyDeleteMasalah sebegini sememangnya perlulah dimaklumkan kepada kerajaan supaya laporan dapat diterima.
ReplyDelete