Wednesday, 25 April 2012

PELIHARA KECANTIKAN SEMULA JADI BERHALA




Oleh: SHAIMON S JUMADI

LEBIH 200 orang penduduk Kampung Pulau Berhala Laut, Sandakan termasuk Angkatan Tentera Darat Di Raja Malaysia (ATDRM) yang berpangkalan di Pulau tersebut bersama-sama ahli-ahli LDP dan Putera UMNO Sandakan turut menyertai Gotong Royong anjuran JASA Bahagian Sandakan.

Menurut Jurucakap Jawatankuasa Penganjur program tersebut, tujuan mengadakan gotong-royong tersebut adalah untuk membersihkan kawasan di tebing pesisir pantai yang dipenuhi sisa-sisa buangan beg-beg plastik dan tin-tin kosong.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P.186 Sandakan, Charlie O Pang yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Kiong yang tidak dapat hadir kerana berada di luar daerah Sandakan telah mengetuai gotong-royong tersebut.

Dalam ucapan ringkasnya, Charlie antara lain menjelaskan melalui proram sebegini ia menjurus kepada memupuk semangat setia kawan di samping dapat mewujudkan persahabatan yang intim antara satu sama lain demi menjamin kesejahteraan kehidupan penduduk setempat.

Kata Charlie lagi, penyertaan pihak Tentera dan penduduk kampung Pulau Berhala dalam menjayakan gotong-royong ini telah mencerminkan satu Semangat 1 Malaysia  untuk mewujudkan keharmonian di kalangan penduduk setempat dan semangat sebegini harus dikekalkan untuk membina jati diri yang berdisiplin serta bertanggungjawab.

“Pantai Berhala ini memang cantik secara semula jadinya dan jika sentiasa dijaga dari pencemaran sampah sarap boleh memberikan daya tarikan kepada pelancong asing yang melawat ke pulau ini dan sekaligus boleh menjana ekonomi setempat,” jelasnya.

“Jadikan satu amalan dan budaya kepada diri sendiri untuk bertanggungjawab dalam  menjaga kebersihan, bukan saja kepada diri sendiri bahkan kepada alam sekitar,”ujar Charlie.

5 comments:

  1. Kebersihan alam sekitar harus dijaga sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Betulkah Pulau Berhala ni merbahaya?sebab dengar2 ada yang kata Pulau ni bahaya.

    ReplyDelete
  3. kebrsihan dan keindahan pulau tersebut harus dijaga dan dikekalkan.

    ReplyDelete
  4. Dengan mengadakan gotong royong ini sememangnya dapat mengeratkan hubungan baik antara penduduk dengan wakil rakyat atau pemimpin.

    ReplyDelete
  5. biasanya sesuatu yang baik itu sukar sangat dijadikan satu amalan atau budaya.. apa2pun syabas kerana mengadakan gotong royong seperti ini dan saya harap penduduk setempat juga akan terus memainkan peranan menjaga kebersihan sekitar pulau ini tanpa perlu menunggu badan2 kerajaan atau NGO untuk mengadakan perogram seperti ini..

    ReplyDelete