Monday 16 April 2012

PENAMPANG NIKMATI LIMPAHAN PEMBANGUNAN SABAH



Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH

“Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” menurut anak tempatan Penampang berusia 38 tahun, Reginald Kevin Langsing. Berbekalkan pengalaman selama empat tahun di beberapa syarikat grafik dan percetakan, ahli perniagaan Kadazan-Dusun ini mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang itu selepas mendapat bantuan kerajaan di bawah program keusahawanan bagi perniagaan Industri Kecil Dan Sederhana (SME).

Anak sulung daripada enam adik-beradik, Kevin berkata beliau berani untuk menceburi bidang perniagaan grafik selepas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memperkenal pelbagai program untuk membantu usahawan muda.

"Saya menceburi bidang grafik kerana minat mendalam sejak dulu. Saya pernah menimba pengalaman di beberapa syarikat selama empat tahun sebelum membuka syarikat sendiri," kata Kevin yang berasal dari Kampung Inobong, Penampang kepada Bernama.

Beliau berkata Penampang kini banyak berubah kesan daripada pelbagai program pembangunan kerajaan negeri BN dan beberapa projek Petronas.

Bantuan Kerajaan, Transformasi

Kevin berkata beliau gembira dengan pemberian RM100 kepada anaknya di sekolah rendah.

"Wang itu merupakan bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada semua pelajar. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat tanpa mengira kaum dan pendapatan," kata Kevin yang menasihatkan anaknya supaya menyimpan wang itu di dalam Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Emak mentua saya pun yang terlantar sakit di Papar, turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, walaupun tidak memohon," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan Kevin sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang mengotakan janji.

"Bila Najib kata rakyat didahulukan, beliau benar-benar menunjukkkan yang rakyat harus didahulukan," katanya merujuk kepada program yang boleh meringankan beban rakyat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kevin berkata tahap keselamatan di Penampang dan kawasan sekitarnya juga bertambah baik melalui usaha mengurangkan kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan.

"Anggota polis dan RELA sentiasa ada mengawasi dan meronda siang dan malam...jadi pekerja-pekerja saya tidak takut bertugas pada bila-bila masa," katanya.

Katanya penduduk Penampang dilihat lebih bersemangat sejak Najib menjadi perdana menteri dan amat berpuashati dengan pelbagai program bantuan kerajaan.

Kerancakan Ekonomi

Pandangan Kevin turut disokong pesara kerajaan Paul Soon, 54, dari Kampung Hungap, Penampang.

Beliau berkata pembangunan pesat berlaku di kebanyakan kawasan di Penampang.

"Contohnya di tempat saya, di Kampung Hungab, yang mempunyai penduduk paling ramai di daerah Penampang, sejak lima tahun lepas banyak (pembangunan) terutama infrastruktur dijalankan," kata Paul yang menetap selama lebih 20 tahun di Penampang.

Harin Chei An, 63, dari Kampung Terawi berhampiran Kepayan, turut menyambut baik semua langkah kerajaan menyediakan kemudahan asas, seperti jalan raya, elektrik dan air, di kawasan itu.

"Kepayan sudah jauh maju. Kalau dibandingkan dahulu, hanya ada rumah-rumah kampung sahaja, tetapi sekarang sudah banyak bangunan tinggi, kedai-kedai dan kawasan perumahan," katanya

Beliau berkata Najib ialah pemimpin mesra rakyat kerana itu beliau sentiasa berusaha untuk memuaskan semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah, dengan menyediakan pelbagai bantuan dan infrastruktur.

"Pendekatan seumpama ini yang diperlukan rakyat," katanya.

Program Baik Pulih Rumah

Christina Saraja, 82, cukup terharu kerana masih ada pihak yang sudi membaik pulih rumah usang yang didiami bersama mendiang suaminya sejak mendirikan rumah tangga kira-kira 60 tahun dahulu.

"Saya berasa terharu dengan keprihatinan kerajaan untuk membaik pulih rumah saya yang telah usang ini...tiada apa dapat saya luahkan kecuali ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana sudi menghulur bantuan kepada saya," katanya.

"Kerajaan amat mengambil berat ke atas penduduk seperti saya," kata Christina dari Kampung Putaton, Penampang.

Ibu kepada dua anak itu, antara 34 keluarga yang menerima bantuan melalui program Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Yayasan Salam Malaysia dan pemimpin BN di Penampang.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Margaret Leng Tsudai, 82, dari Kampung Inobong turut terharu dengan bantuan BR1M daripada kerajaan BN.

"Saya dapat BR1M itu...saya boleh buat belanja sendiri...saya beli beras dan makanan harian lain," katanya yang mempunyai 12 anak. Margaret juga menerima bantuan RM300 sebulan daripada kerajaan negeri BN.

Seorang lagi ibu tunggal, Josephine Matthew, 64, dari Kampung Monsipiad berkata kehidupannya kini bertambah baik berbanding beberapa tahun lalu.

"Sejak kematian suami empat tahun lepas, saya berniaga sayur-sayuran untuk mendapat belanja sendiri...walaupun pendapatan tidak seberapa tapi saya boleh lagi menampung kehidupan tanpa susahkan anak-anak," katanya.

Transformasi Pembangunan Penampang

Menurut laman web DPinfo atau 'Daerah Penampang Information', kawasan Parlimen P.174 Penampang mempunyai keluasan 411.47 km persegi dan mempunyai lebih daripada 130,000 penduduk. Kadar pertumbuhan purata tahunannya sebanyak 4-5 peratus.

Penampang merupakan daerah paling terkenal di negeri Sabah berikutan daerah itu terletak di Residensi Pantai Barat dan hanya 11km dari Kota Kinabalu.

Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), menang kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum 2008.

Pada satu majlis di Penampang, Dompok berkata BN bertanggungjawab merubah Penampang di bawah pelbagai program transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi.

25 comments:

  1. Program2 dan bantuan yag telah diberikan oleh kerajaan telah memberi manfaat kepada rakyat dalam pelbagai keadaan. Rakyat patut berterima kasih dengan kerajaan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  2. KUALA KRAU: Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan benar-benar memberi makna yang cukup mendalam kepada seorang ibu tunggal, Khatijah Jaafar, 49, yang akhirnya bertemu semula dengan dua anaknya yang terpisah sejak 21 tahun lalu......

    ReplyDelete
  3. When there is a will, there is a way. Good luck to Reginald Kevin Langsing for his accomplishments, it is all because of his own hard work together with some government aid.

    ReplyDelete
  4. Hope that Penampang will be further improved to become a even more developed district.

    ReplyDelete
  5. Ini merupakan satu petanda aras yang positif dalam menentukan sumbangan kerajaan kepada rakyat. Wakil rakyat sesebuah kawasan itu turut memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan di kawasan beliau.

    ReplyDelete
  6. Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

    ReplyDelete
  7. Penampang kini mmg telah byk mengalami perubahan, pembangunan amat pesat. kerajaan byk mewujudkan program bantuan kepada rakyat. semua ini harus kita hargai.

    ReplyDelete
  8. Sememangnya kerajaan telah berusaha untuk membantu penduduk Sabah. Namun cuma ada pihak pembangkang yang kurang senang dengan kejayaan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

    ReplyDelete
  9. disebalik2 penafian demi penafian dibuat oleh pemimpin2 pembangkang berkenaan dengan peranan kerajaan dalam membangunkan rakyat di negeri ini, ada juga pihak yang mengakui kesungguhan kerajaan itu..

    ReplyDelete
  10. Penampang has been chosen to be the first town in Sabah to implement the Terminal Sejahtera Programme.

    ReplyDelete
  11. This terminal is developed to enhance the academic achievement of children from low-income families in the urban areas. It has a computer lab to provide online learning and a tutorial room to help prepare students for examinations, said Minister of Federal Territories and Urban Wellbeing Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin.

    ReplyDelete
  12. He was speaking at the launch of the Ziarah Kesejahteraan Bandar (Penampang) Programme in Donggongon here yesterday where he presented RM10,000 each to five household heads to repair their houses.

    ReplyDelete
  13. “Penampang is the first town in Sabah to benefit from this programme. Beside that, we have six other terminals around Kuala Lumpur and another 10 in towns across the country.

    ReplyDelete
  14. Penampang is the 16th town to have the programme in the country. It costs RM7,700 to develop the terminal which includes providing two years of management training for the centre.

    ReplyDelete
  15. Raja Nong Chik added that Penampang is the fourth division to be fostered under his supervision besides Batu Gajah (Perak), Rembau (Negeri Sembilan) and Bentong (Pahang).

    ReplyDelete
  16. On the urban poverty eradication programme, he said efforts will be made to reduce the poverty rate in the urban areas from 3.8 per cent in 2009 to 2 per cent by 2015.

    ReplyDelete
  17. The programme will start some time this year at the Tun Fuad community hall near Donggongon.

    ReplyDelete
  18. He said the average household income for urban residents across the country will also be improved from RM1,440 a month to RM2,300 during that period.

    ReplyDelete
  19. Meanwhile, as of 3 April this year, a total of 10,390 urban poor families in Sabah have registered under the e-Kasih programme with 327 families or 2.9 per cent under the Penampang District Council.

    ReplyDelete
  20. He said his ministry channeled RM596,688 to Sabah last year for housing rental aid to help the urban poor with 401 household heads gaining from the scheme.

    ReplyDelete
  21. Another RM1.5 million was allocated to the urban poor housing programme for the building and repair of 36 houses.

    ReplyDelete
  22. For the urban poor in Penampang, he said last year almost RM1 million was given to the Penampang District Council and the fund was utilised to provide rental aid to nine household heads, to build two houses and develop the Terminal Sejahtera.

    ReplyDelete
  23. Up to March 31 this year, his ministry has allocated RM241,056 to Sabah to provide rental aid to 162 household heads.

    ReplyDelete
  24. Of the total, he said RM19,344 was given to the Penampang District Council for the benefit of 13 household heads.

    ReplyDelete
  25. In order to qualify for rental assistance, applicants must be categorised as poor and need to register with e-Kasih to enable the Penampang District Council to verify their application.

    ReplyDelete