Thursday, 19 April 2012

RM50 MENANTI PEMINAT SABAH FM



Oleh: NORHISHAM ISMAIL

GING Bubut Sabah FM musim keempat dengan slogan ‘Berapa Orang Kamu’ menawarkan wang tunai sehingga RM50,000 kepada semua pendengar siaran Sabah-FM bermula April hingga hujung disember tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah, Ali Haji Ngasio berkata, kelainan program Ging Bubut Sabah FM hanya menawarkan wang tunai berbanding beberapa hadiah eksluksif berbentuk cenderahati pada tahun-tahun sebelumnya.

Katanya, pendengar hanya perlu menjawab soalan mudah daripada DJ Sabah FM di lokasi tertentu dalam bentuk aktiviti Mencari Harta Karun; “ Spot “ kereta Ging Bubut; Cabaran “ SiapaTerer (Kubik) serta Kuiz harian Ging Bubut.

“Kita yakin Ging Bubut musim keempat ini begitu menepati citarasa pendengar , di samping menawarkan hadiah wang tunai secara harian, mingguan dan bulanan kepada peminat setiap Sabah FM dan Ging Bubut Sabah FM.

“Kali ini krew Ging Bubut akan menjelajah di beberapa lokasi di seluruh negeri Sabah antaranya, Pantai Timur Sabah melibatkan daerah Sandakan; Kinabatangan; Beluran;LahadDatu; Semporna dan Tawau, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena pelancaran Ging Bubut ‘Berapa Orang Kamu’ Musim keempat, di Bilik Mesyuarat Utama RTM, di Kota Kinabalu, di sini kelmarin.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Abd.Razak Hamid, Pengurus Sabah FM, Zainuddin Hj Jamlu dan Penolong Pengurus Sabah FM Bahagian Siaran, Cusna Yusof.

Ali berkata, mencari Harta Karun merupakan aktiviti bulanan Ging Bubut dengan meletakkan satu ‘Plak Ging Bubut’ di satu lokasi yang dirahsiakan kemudian pendengar dikhendaki mencari lokasi plak berkenaan.

Bagi‘Spot kereta Ging Bubut’merupakan aktiviti mingguan di mana pendengar hanya mengambil gambar ketika kenderaan Ging Bubut di lokasi sebelum dimuat naik ke laman sosial Facebook Ging Bubut Sabah FM.

“Kita akan menilai pemenang berdasarkan kepada caption menarik serta kreativiti pendengar Sabah FM itu sendiri. Hanya satu pemenang diumumkan setiap minggu berdasarkan siapa cepat akan diumumkan sebagai menang.

“Aktiviti ‘Cabaran SiapaTerer’ pula akan diberikan kepada individu yang dapat menyelesaikan kubik dalam tempoh masa selama dua minit di setiap lokasi mereka jelajahi. Sekiranya tidak ada pemenang jumlah wang tersebut akan digandakan untuk lokasi seterusnya,” katanya.

Ali berkata, bagi soalan harian penyampai Sabah FM akan menyediakan lima sampul surat yang mengandungi wang tunai manakala individudi khendaki memilih sampul surat mengandungi soalan berkaitan Sabah FM.

“Sekiranya mereka berjaya menjawab pendengar serta-merta akan memenangi wang tunai yang akandisampaikan sendiri oleh krew Ging Bubut di lokasi berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai program Ging Bubut dengan Perodua Alza, Ali berkata, kerjasama ini sudah bermula sejak 2010 sehingga kini dengan objektif memberi peluang kepada orang ramai untuk mengikuti siaran Radio sabah fm.

“Selain itu pendengar dijangka berpeluang untuk bertemu sendiri dengan DJ Sabah FM, selain mampu menjadikan siaran Sabah FM sebagai stesen pilihan mereka di negeri ini, “ katanya.

5 comments:

  1. Satu peluang kepada peminat Sabah FM. Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  2. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk tarik perhatian pendengar. Persaingan yang bersih.

    ReplyDelete
  3. Mesti ramai yang bubut tu duit

    ReplyDelete
  4. kaedah ini baik dalam menarik lebih ramai untuk mendengar Sabah FM.

    ReplyDelete
  5. Ini antara tarikkan yang dilakukan oleh Sabah FM.

    ReplyDelete