Monday 23 April 2012

SHAFIE NAFI BERI RM1.5 JUTA KEPADA ZAHIDA



Oleh : ARIFFUDDIN ISHAK

MENTERI Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal pada Isnin tampil menafikan dakwaan bahawa beliau memberikan wang berjumlah RM1.5 juta kepada aktres Zahida Mohamed Rafik.

Malah menurut Shafie, laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi mengaitkan beliau sebagai orang yang bertanggungjawab melantiknya sebagai pemandu peribadi Zahida sejak 2009 adalah tidak benar.

"Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik.

"Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Selain itu Shafie yang juga Naib Presiden Umno turut menyifatkan penyebaran laporan polis berkenaan oleh pihak-pihak tertentu sebagai tindakan berniat jahat.

"Kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsurpolitik semata-mata," katanya.

Tambah Shafie, beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan.

"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.

Laporan polis itu sebelum ini didedahkan oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin kepada pihak media di Parlimen.

Berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Mac tahun ini, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktober tahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan. (Mystar)

9 comments:

  1. Dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Shafie sendiri. mungkin memang benar dakwaan tersebut berunsur politik, bertujuan menjatuhkan Shafie.

    ReplyDelete
  2. Berapa banyak agaknya habuan yang diterima oleh Noor Azman untuk menyebarkan fitnah ni?

    ReplyDelete
  3. Relaks Shafie. Apa mahu takut sama tuduhan ini. Kalau salah pun boleh lepaskan diri.

    ReplyDelete
  4. Kenyataan Zahida dalam twitternya sangat berlagak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banggakan dia tu. tunggu good news kunun..

      Delete
  5. Shafie akan kenakan tindakan saman keatas mereka yang sebarkan cerita ini.

    ReplyDelete
  6. Pasti pembangkang akan guna isu ini untuk mendapat sokongan rakyat

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau Datuk Shafie telah tampil dan menafikan semua dakwaan ini. Kita harap perkara ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  8. banyak sangat cerita pasal Shafie.. saya pun naik boring baca isu yang sama.. suruh saja la Shafie percepatkan tindakan mahkamah dan tunggu hasilnya..

    ReplyDelete