Wednesday, 16 January 2013

AUSTRALIA-MALAYSIA SENTIASA BERSAMA






Oleh : NAJIB RAZAK

UNTUK memastikan agar ia dikenali sebagai Abad Asia, Australia telah melakukan pelbagai inisiatif untuk merapatkan lagi hubungannya dengan negara-negara jiran mereka.

Mereka dilihat memberi perhatian yang lebih kepada Asia dan Asia Tenggara khususnya apabila Menteri Luarnya, Bob Carr telah melakukan beberapa lawatan kerja ke rantau ini termasuk ke Malaysia pada bulan lalu.

Malah, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard mengeluarkan kenyataan yang menyatakan “menyesuaikan diri dengan pembangunan di Asia adalah…matlamat negara kita seterusnya”.

Selama ini kita telah melihat beberapa manfaat yang berjaya dikecapi hasil daripada kerjasama ini. Antaranya adalah Malaysia kini merupakan rakan dagangan ke-10 terbesar di Australia dengan dagangan dua hala yang berjumlah hampir A$16 bilion pada tahun kewangan terakhir.

Ia dijangka meningkat lagi menjelang 2013 dengan perlaksanaan Perjanjian Perdangan Bebas Malaysia-Australia yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari lalu. Ini sekali gus memberi peluang kepada para pengeksport kita untuk memasuki pasaran Australia.

Hubungan bilateral kedua-dua negara juga penting untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran mereka. Australia melabur dalam hubungan jangka masa panjang untuk menyokong pertukaran budaya serta pendidikan bersama Malaysia.

Setakat ini, terdapat kira-kira 22,000 rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran ke negara tersebut. Angka ini dijangka meningkat dengan termeterainya Memorandum persefahaman mengenai pengajian tinggi di Perth baru-baru ini.

Australia telah bersetuju untuk menyediakan pakej 3 tahun dengan mengeluarkan sebanyak 21 biasiswa, fellowship, anugerah serta pertukaran dalam usaha negara itu menyokong transformasi ekonomi di Malaysia.

Dengan menganggap pemimpin masa hadapan Australia akan menjadi lebih berpengatahuan luas mengenai Asia, MoU berkenaan secara spesifiknya memberi focus untuk meningkatkan lagi jumlah pelajar Australia di Malaysia serta memperbanyakkan penyertaan praktikal di kalangan para pelajar.

Kerajaan Australia juga selama ini memberi kepercayaan penuh kepada usaha Malaysia dan program transformasi ekonomi yang sedang kita lakukan. Untuk itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar mengambil peluang menerusi perkembangan terbaru ini.

Kedua-dua negara juga berkongsi sejarah yang sama apabila berganding bahu bersama ketika Perang Dunia Ke-2 dan sewaktu darurat. Kita juga turut berkongsi masa hadapan yang cerah bersama.

No comments:

Post a Comment