RAPAT.....
Hubungan rapat antara pemimpin dan belia mewujudkan suasana yang lebih selesa
untuk belia melahirkan aspirasi mereka agar dapat difahami oleh pemimpin.
Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT : Menteri
Pemabangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun
mengingatkan bahawa rakyat akan kehilangan nikmat yang dikecapi sejak sekian
lama sekiranya generasi muda hari ini tidak bijak memilih pemimpin.
“Kesejahteraan dan
kemakmuran yang kita nikmati selama ini akan lenyap sekiranya genarsi muda hari
ini tersalah memilih pemimpin. Kebijaksanaan generasi muda memilih pemimpin
untuk mentadbir negara ini akan memastikan masa depan yang cerah.
“Justeru itu para belia
mestilah bijak dalam menentukan masa depan mereka dan generasi akan datang.
Pilihlh pemimpin yang bekerja untuk membela dan menjaga masa dpn rkyat. Anak muda
adalah penentu masa depan. Kalau tersalah pilih, masa depan negara bangsa akan
malap,” katanya.
Beliau berkata demikian pada
majlis perlumpaan dengan Kor Belia Kampung Lajau Lubak di sini baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Kor Belia
kawasan Dun Klias, Zainal Jilun; Pengerusi JKKK, Kg Lajau Matlani Ukal;
Pengerusi Persatuan Belia Anak Beaufort, Zulkarnain Abdullah; Pengerusi Kor
Belia Kg Lajau, Mohd Shahreen Ismail dan pemimpin masyarakat setempat.
Azizah yang juga Adun Klias
berkata beliau yakin dan prcya bahawa anak muda di sini bijak untuk menilai
pemimpin yang benar-benar berjuang membela rakyat.
“Saya yakin anak muda kita
di Dun Klias ini pandai dan bijak brrfikir. Kerana itulah juga Kor Belia ini
boleh menjadi jentera yang paling penting untuk mengajak dan memberi kesedaran
kepada anak muda yang lain agar tidak terpedaya dengen tipu helah pihak-pihak
yang mahu meracuni pemikiran rakyat.
“Saya menyeru agar belia
segera bangkit untuk menghalang mereka yang mahu menggadaikan masa depan
negera. Suatu hari nnti kamu akan ingat di sinilh titik prmulaan prrjuangan
kamu,” katanya sambil mengajak ibu bapa memberi sokogan moral kepada belia.
Sementara itu Mohd Shahreen
dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan terima kasih kepada Azizah yang telah
memberi ruang kepada belia kampung itu merapatkan hubungan dengan pemimpin.
Katanya, program seumpama
itu mampu mewujudkan kerjasama erat dengan pemimpin dan beliau berjanji akan
meningkatkan usaha dan komitmen untuk kebaikan belia.
No comments:
Post a Comment