Sunday, 13 January 2013

DR YEE MOH CHAI SOMBONG?






Oleh: JACKSON LU

KECELUPARAN mengulas gaji minimum RM800 oleh Datuk Dr Yee Moh Chai seorang Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah yang menuding isu itu kepada pihak lain yang dirujuknya sebagai 'pelbagai sektor yang cuba mempolitikkan dengan agenda tersendiri' memang tidak wajar diterima.

Apa tah lagi jika Dr Yee melabelkan ahli politik yang dimaksudkannya sebagai 'berlagak pandai' boleh disifatkan kenyataan Dr Yee sebagai “amat keterlaluan, angkuh dan terlalu menyinggung” kerana kenyataan seperti itu terlalu keras dan memudaratkan reputasi pemimpin politik yang Dr Yee sendiri tahu orangnya.

Umum telah tahu dan berhak bertanya kepada kerajaan bila gaji minimum itu dilaksanakan sedangkan isu gaji minima adalah lahir daripada pengumuman Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2013 di Parlimen tahun lepas yang mana pelaksanaannya berkuatkuasa 1 Januari 2013.

“Apakah bendanya yang menyebabkan Dr Yee terlalu marah ketika orang awam mengajukan persoalan itu kepadanya? Bukankah isu gaji minimum kini dituntut puluhan ribu pekerja di sektor swasta di Sabah," katanya.


"Namun sebaliknya, apakah Dr Yee sengaja melalaikan tanggung jawabnya membantu meningkatkan kebajikan pekerja sektor swasta, tetapi dalam masa yang sama membantu menyelamatkan majikan majikan daripada melaksanakan tuntutan itu, ” tanyanya kepada Dr Yee.

Selain itu, berhubung maklum balas yang dibuat oleh MTUC cawangan Sabah menerusi sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan yang mendakwa bahawa kelewatan dalam penguatkuasaan dasar tersebut akan banyak menjejaskan peluang kerajaan BN memenangi PRU-13 adalah benar dan seharusnya ia dijadikan ikhtibar oleh Dr Yee dan pemimpin pemimpin BN yang lain.

Bukan sekadar isu gaji minimum yang menjadi perkiraan penting oleh kerajaan BN namun lain lain aspek yang menjejas kebajikan pekerja swasta seperti jangkamasa bekerja yang terlalu panjang terutamanya hari Sabtu yang sepatutnya setengah hari tetapi apa yang berlaku sebaliknya, pekerja itu diharuskan bekerja untuk sehari suntuk tanpa bayaran elaun kerja lebih masa.

Sehubungan itu, Datuk Dr Yee seharusnya menitik beratkan soal kebajikan pekerja yang perlu diutamakan jika kerajaan mahu merealisasikan impian mereka dalam BN untuk meningkatkan produktiviti keluaran kasar negara melalui sektor swasta meningkat supaya ekonomi menjadi kukuh.

Sebaliknya, Dr Yee diberi amaran bahawa  janganlah menjadikan para pekerja disektor swasta sebagai 'kuli' atau hamba abdi sepanjang masa demi kepuasan kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment