Wednesday, 16 January 2013

HANYA 66,682 DIBERI WARGANEGARA



  
       

Oleh :   NIGEL AW
           
JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) hari ini memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah bahawa hanya 66.682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.

Angka tersebut, kata Timbalan Pengarah bahagian kewarganegaraan JPN, Nik Norashikin Nik Mansur, telah dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun - dari tahun 1963 hingga Oktober 2012.

Menariknya, negara asal majoriti mereka ini disenaraikan sebagai Malaysia.

Ditanya mengapa sesetengah daripada 38,000 pemohon yang diluluskan itu mendakwa diri mereka sebagai berasal dari Malaysia, Nik Norashikin menjelaskan bahawa banyak daripada mereka tidak mempunyai negara asal lain.

"Sebagai contoh, ramai daripada mereka sebenarnya anak-anak pendatang yang dilahirkan di Malaysia, oleh itu mereka menyenaraikan diri mereka sebagai berasal dari Malaysia," katanya.

13,000 dari China

Menurut statistik, kumpulan kedua terbesar adalah pendatang dari China kira-kira 13,000 orang, diikuti dari Indonesia kira-kira 7,000 dan seterusnya dari Filipina.

Bilangan sebenar pendatang dari pelbagai negara yang berbeza dan pecahan angka tahun ke tahun tidak diumumkan.

Statistik, sekurang-kurangnya pada rekod rasmi, muncul untuk menyangkal dakwaan bahawa JPN sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada pendatang di Sabah dalam usaha untuk mengubah demografi negeri itu.

steve shim chief justice of sabah and sarawakPengerusi RCI, Tan Sri Steve Shim (kiri) juga menyatakan bahawa
data itu bertarikh sejak sekian lama dahulu dan mungkin tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai keadaan di Sabah.

Nik Norashikin menjelaskan bahawa mana-mana warga asing yang memohon untuk mendapatkan kad pengenalan biru (warganegara) melalui proses penaturalisasian, akan terlebih dahulu diberikan sijil kerakyatan dengan nombor bersiri.

"Berdasarkan nombor bersiri ini, kita boleh mengesan kembali kad pengenalan... Tidak mungkin bagi warganegara asing yang memohon kewarganegaraan mempunyai kad pengenalan biru tanpa terlebih dahulu mendapat sijil kewarganegaraan, "katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi mereka yang layak untuk mendapat kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang, tidak semua daripada mereka diberikan sijil itu sebelum diberikan kad pengenalan biru.

Keperluan untuk memohon kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang berlaku apabila seseorang yang dilahirkan di Malaysia dan memenuhi syarat untuk secara automatik menjadi warganegara tetapi masih belum mendaftar untuk mendapatkannya. Kaedah ini digambarkan sebagai kewarganegaraan melalui pendaftaran.

Oleh itu, pegawai pengendali RCI, Manoj Kurup berkata ini membuatnya sukar untuk mengesan sama ada seseorang itu mempunyai IC palsu melalui rujukan silang dengan sijil berkenaan. (MKINI)

No comments:

Post a Comment