Oleh : NOOR HALIM DATUK
ZAINI
MAHKAMAH yang
mengisytiharkan seseorang itu muflis, maka mahkamah itu juga yang akan mengisytiharkan
seseorang itu terlepas dari muflis.
Merujuk pada artikel Sabahkini.net
bertarikh 11 Januari 2013 bertajuk ‘Labuan Bankrupcy Case Fiasco’ di mana Datuk Yussof Mahal telah
diisytiharkan bankrupsi oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Augst 2012 dan
sepatutnya beliau akan membuat rayuan pada bulan November pada tahun yang sama
tetapi tidak ada berita lanjut mengenai perkembangan kes tersebut.
Tiba-tiba beliau mengatakan
dia bebas dari bankrupsi dengan adanya surat dari Jabatan Insolvensi bertarikh
12 December 2012 yang mengisytiharkan beliau bebas dari bankrupsi mengikut Akta
Bankrupsi 38 (1) (C) 1967.
Isu ini sangat mengugat
kewibawaan beliau sebagai Wakil Rakyat bagi Pulau Labuan yang dianggap sebagai
'Nasi Bungkus' atau 'Tapau' dan ini juga memberi kesan negatif pada parti yang
diwakili oleh beliau.
Hasil tinjauan dari beberapa
pihak kurang senang dengan apa yang berlaku dan memohon beliau memberi laluan
kepada kepimpinan baru yang mempunyai imej lebih baik dan seterusnya
menyangkalkan Pulau Labuan ini ketandusan dengan pemimpin yag berkualiti.
Dari cerita-cerita di Kedai
Kopi beberapa nama pemimpin UMNO telah
disebut yang berpotensi menggantikan MP sekarang ini. Rozman Bin Datuk Hj. Isli
nama yang hangat disebut berbanding dengan beberapa pemimpin tempatan UMNO yang
lain.
Hasil tinjauan lanjut Rozman
mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dan beliau juga merupakan
Setiausaha UMNO dan BN Labuan. Difahamkan juga beliau menyandang jawatan
Pengerusi PERKEMA Sabah dan juga Naib Presiden PERKEMA Malaysia.
Pada pilihan raya yang
lepas, Pulau Labuan adalah ‘Lubuk UMNO’ di mana calon-calonnya berjaya mendapat
undi majoriti yang agak besar. Tetapi senario pilihanraya akan datang ini
dijangka berlainan sedikit dengan adanya tentangan yang kuat, terutamanya dari
pihak Parti Keadilan Rakyat.
Beberapa siri ceramah yang
telah dianjurkan oleh PR akhir-akhir ini telah mendapat sambutan yang
sangat menggalakkan dan sambutan yang
diberi dan ini tidak pernah berlaku sebelum ini; berbanding dengan
ceramah-ceramah pembangkang pada pilihan raya yang lepas-lepas.
Tsunami perubahan politik di
Semenanjung Malaysia , Sabah, Sarawak juga dirasai di Pulau Labuan.
Ceramah-ceramah politik pembangkang sangat mendapat sambutan dan perkembangan
ini adalah sihat bagi proses demokrasi untuk
memilih parti dan calon terbaik yang diperlukan oleh rakyat.
Dikhabarkan seandainya Parti
Keadilan Rakyat yang bertanding mewakili PR kemungkinan besar calon yang akan
ditengahkan adalah Tan Sri Ibrahim
Menudin yang terkenal sebagai tokoh korporat yang berjaya. Beliau adalah di antara
anak kelahiran Labuan yang berjaya di peringkat Malaysia.
Dengan pengalaman beliau sebagai tokoh korporat yang berjaya
akan dapat membantu memajukan Pulau Labuan jika beliau terpilih sebagai wakil
rakyat.
Dengan adanya calon-calon yang
berkualiti pada PRU13 akan datang, penduduk Pulau Labuan akan lebih beruntung
dan juga akan memulihkan imej kepimpinan pulau ini yang mana tiga wakil
rakyatnya yang terdahulu yang ‘bermasalah’ sehingga membawa ke peringkat
mahkamah.
No comments:
Post a Comment