Saudara Pengarang.
SINDIKET menjual DVD dan CD
cetak rompak tanpa Sijil 'B' di Kompleks membeli belah seperti Wisma Merdeka, Center
Point, Kompleks Karamusing, Kompleks 1 Borneo di Kota Kinabalu; Kompleks Keningau Mall langsung tidak bimbang
diserbu oleh pihak berkuasa seperti KPDNKK dan Polis Cawangan Jenayah Komersial.
Persoalannya, adakah kedua
pihak berkuasa masih berada dalam 'payroll' Mafia sindiket tersebut? Jika tidak,
kenapa tiada sebarang tindakan diambil oleh kedua pihak berkuasa kerana tauke
menjual DVD dan CD cetak rompak secara terbuka di semua kompleks membeli belah;
sambil dengan bangganya menayang wayang di TV untuk orang ramai dalam kompleks
berkenaan.
Kita sering membaca di
suratkhabar bahawa ada serbuan oleh pihak Polis Cawangan Jenayah Komersial atau KPDNKK di Kota Kinabalu; tapi dua hari
kemudian permis yang diserbu mula menjual semula.
Adakah ini satu babak lakonan
dalam filem 'Ombak Rindu' oleh pihak berkuasa tersebut? Bukankah kompleks yang
menyewa kepada taukeh menjual DVD atau CD cetak rompak pun salah di sisi undang-undang?
Kami berharap agar SPRM
bersama pasukan Rela mengadakan satu serbuan senyap di kompleks tersebut di atas
dan kita ingin tahu berapa ratus keping akan dirampas atas maklumat terbuka di
artikel kami ini.
Jika serbuan oleh SPRM
berjaya dan membawa hasil, maka SPRM harus siasat kedua pihak berkuasa
berkenaan mengapa tidak ambil tindakan atas kesalahan yang berlaku di depan
mata mereka selama ini.
Salam hormat,
ANGRY BIRD.
No comments:
Post a Comment