Saudara Pengarang,
PARA Pekebun di Daerah Kecil
Telupid menderita akibat kerja-kerja pengeluaran hasil balak yang tidak
dipantau oleh pihak berwajib sehingga mengakibatkan jalan pertanian rosak teruk
dilalui oleh lori-lori balak.
Jalan ini merupakan nadi
utama penduduk kampung untuk memasarkan hasil pertanian (kelapa sawit) ke IJM Meliau
dan Pusat Timbangan Sawit Monsok di Nangoh, Telupid.
Jalan penting ini dirosakkan
oleh golongan yang rakus mengumpul kekayaan dari balak tanpa menghiraukan
kesusahan penduduk kampung yang bergantung penuh kepada hasil sawit.
Malangnya jika buah sawit tidak
boleh dibawa keluar, ia akan rosak dan tidak dapat dijual. Maka sekaligus kami
penduduk kampung akan hilang sumber pendapatan.
Apalah makna kata-kata Perdana
Menteri Malaysia "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" jika rakyat
yang hidup segan, mati kepayahan kerana balak yang diutamakan.
Semoga Pengarah Jabatan
Perhutanan, JPJ, Polis dan pihak berkuasa memandang serius pekara ini dan
mengambil tindakan sewajarnya.
Salam Hormat,
JALIL @ JOSEPH WORONG
Wakil Pekebun Kecil
No comments:
Post a Comment