Oleh : LOPUNG
SEMAKIN hari kita merasakan
bahawa wang adalah segalanya. Tanpa
wang, tidak sempurna kehidupan kita. Makanan, minuman, keperluan harian,
kehendak diri dan anak-anak ke sekolah; semuanya memerlukan wang. Ada antara
kita yang mengalami tekanan kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Penduduk desa juga tidak
terkecuali kerana mereka tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menampung
hidup. Harga getah yang tidak menentu adalah sangat membebankan mereka. Ramai
belia datang ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan kerana gaji di sabah sangat
murah berbanding Semenanjung.
Untuk memperbaiki kehidupan
dan menambah pendapatan adalah dengan berniaga. Tapi berniaga apa? Tiada modal,
tiada kemahiran. Menternak ayam kampung? Sudah tentu memerlukan modal dan
penjagaan yang rapi.
Menanam sayur? memang sukar
untuk membahagi masa kerana terikat dengan kerja harian, boleh pun hanya untuk
keperluan sendiri. Jual kuih atau makanan?
boleh tapi memerlukan kepakaran dalam resepi supaya sedap dan digemari.
Pulangan juga hanya sedikit namun masih mampu memberi sumbangan kepada
keluarga.
Apa yang saya fikirkan
paling sesuai adalah dengan menternak lebah madu. Kenapa? ianya mudah dan
memberi pulangan yang banyak. Lebah tidak perlu dijaga, mereka boleh mencari
makanan sendiri. mereka hanya memberi kita makan. Bagaimana caranya?
Makanan yang sesuai untuk
lebah adalah pokok rambutan, pokok petai belalang, mangga,durian,kopi,pokok
kenaf,jagung,gajus,pokok jati,longan,petai, nenas,kekabu dan gelam. Seandainya
kita ada satu ekar atau setengah ekar pun sudah cukup untuk menternak lebah
madu.
Apa yang paling penting
adalah kedudukan sarang yang dibuat adalah jauh dari hiruk pikuk dan bising. Di
kawasan desa sangat sesuai dan yang penting suhu dalam lingkungan 26-30 darjah
celcius. Mustahil tiada pokok atau tumbuhan yang dinyatakan berada di selitar
kawasan kampung terutama di kebun-kebun persendirian.
Kalaulah semuanya tiada,
pokok getah juga salah satu sumber makanan lebah madu. Letak saja haif atau
rumah lebah di kawasan kebun getah. Ini berdasarkan kepada kajian dan maklumat
daripada sumber yang dipercayai. Mustahil pokok getah tidak ditanam di kampung
kerana inilah penghasilan warga desa.
Paling ideal untuk menternak
adalah sebanyak 100 haif atau orang bilang 100 rumah. Lagi banyak haif, lagi
banyak pendapatan. Kos operasi atau permulaan adalah hanya sekitar RM 300
sehingga RM 500 untuk membeli keperluan dan alat-alat menuai.
Jadi kepada warga desa yang
berhijrah ke bandar; bolehlah mengusahakan penternakan lebah madu ini dan kita
cuma melawat ladang dua kali sebulan iaitu hari sabtu dan sambil menjenguk
keluarga di kampung. Begitu juga dengan warga desa; selepas menoreh setengah
hari, petang boleh menjenguk ladang. Daripada tanah terabai begitu sahaja,
adalah lebih baik buat sarang lebah madu.
Pendapatan bagaimana, lumayankah?
Ada pengusaha yang mengatakan satu haif atau rumah boleh mengeluarkan 10 kg
madu sebulan. Jika ada 100 haif; kita memperolehi 1000 kg sebulan. Madu boleh
dituai 3 kali setahun. Jumlah madu bergantung kepada sumber makanan dan
penjagaan yang sangat mudah.
Ada juga pengusaha
mengatakan 3 kg sekali tuai bagi satu haif, maksudnya tuaian pertama. Bagi
harga borong sekilo adalah berharga rm 50. Cuba kita kira yang paling rendah,
iaitu 3kg satu haif x 100 haif yang kita
miliki; di mana 300kg x RM 50 (harga borong). Jumlah pendapatan adalah sebanyak
rm 15,000 selama tiga bulan. Purata sebulan sebanyak RM 5,000.
Berbaloi tidak? Dengan hanya
menghabiskan masa dua kali sebulan untuk melawat ladang lebah, dan kita dapat
duit sampingan rm 5,000 sebulan. Selain dari itu, kita boleh melawat keluarga
di kampung dan mengeratkan lagi kemesraan.
Marilah kita sama-sama
merebut peluang ini kerana tiada yang mampu mengubah nasib kita melainkan kita
sendiri yang harus mengubahnya. Peluang sudah terhidang dan terpulang kepada
anda untuk merebutnya. Kursus untuk ini hanya menghubungi KPD (Koperasi
Pembangunan Desa) dan anda akan mahir dalam proses-proses ini. Baka juga boleh
diperolehi dari penternak lebah dan boleh minta info daripada internet atau KPD
sendiri.
No comments:
Post a Comment