KOTA KINABALU : Kewibawaan
pembangkang untuk menerajui Sabah dipersoalkan kerana sehingga kini mereka
gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan, kata Setiausaha
Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata pakatan
pembangkang juga tidak mempamerkan semangat perpaduan dan kesefahaman yang
mantap antara mereka.
Katanya sejak akhir-akhir
ini, tindakan dan ucapan pakatan pembangkang menunjukkan Kabinet bayangan
mereka menonjolkan bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin
sebagai Ketua Menteri.
"Baru-baru ini, beliau
(Lajim) telah membuat beberapa 'Big Statement' di muka-muka dada akhbar dan
komen yang memihak kepada Pakatan Rakyat walaupun beliau tidak menjadi ahli
mana-mana parti pembangkang melainkan pengerusi sebuah movement (Pertubuhan
Pakatan Perubahan Rakyat)," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno
Sabah di sini, Khamis.
Sehubungan itu, beliau
berkata rakyat harus bijak menilai prestasi dan keberkesanan Lajim yang pernah
memegang beberapa jawatan penting semasa dalam kerajaan. (Bernama)
No comments:
Post a Comment