MAYAT.....Lokasi
penemuan mayat di belakang gerai sayuran terbabit.
By : RUZAINI ZULKIFLI
TUARAN: Penduduk di Kampung
Rangalau, Kiulu dekat sini gempar seketika dengan penemuan mayat seorang
pemandu lori di dalam parit berhampiran gerai sayuran dalam satu kejadian pagi
kelmarin.
Mangsa merupakan lelaki
tempatan dan dikenali sebagai Peter Eternius Kisong, 44, ditemui terbaring di
dalam parit oleh beberapa penduduk kampung yang secara kebetulan melalui lokasi
terbabit.
Difahamkan, mangsa telah
pergi minum minuman keras di gerai itu bersama tiga lagi rakannya pada malam
Khamis lepas sebelum mayatnya ditemui terlentang di dalam parit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tuaran,
Deputi Superitendan Zaharudin Rasip berkata susulan penemuan itu, sepasukan
anggota telah digegaskan ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan dan
siasatan.
Menurut beliau, hasil
siasatan awal mendapati mangsa telah mati di tempat kejadian dan turut terdapat
beberapa kesan kecederaan di kepala mangsa yang dipercayai dipukul menggunakan
senjata tumpul.
“Kita menerima panggilan
daripada orang awam sekitar jam 8.40 pagi yang mengatakan menemui mayat seorang
lelaki di parit berhampiran gerai sayuran yang terletak di Jalan Batu 4,
Kampung Rangalau, Kiulu.
“Hasil siasatan ke atas
mayat mangsa, polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan
kita percaya mangsa telah dipukul menggunakan benda tumpul.
“Mayat mangsa bagaimanapun
telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat,” katanya.
Zaharudin berkata, susulan
daripada insiden itu, polis berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 20
hingga 50an untuk membantu siasatan kes.
“Susulan daripada kejadian
itu, kita telah menahan tiga lelaki di dua lokasi berasingan iaitu Kampung
Logub dan Kampung Rangalau Baru antara jam 10 dan 11.45 pagi kelmarin.
“Kesemua lelaki terbabit
ditahan bagi membantu siasatan kes dan polis meminta kepada orang yang
mempunyai sebarang maklumat agar tampil ke Balai Polis Tuaran,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut
menasihatkan kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara di luar kawalan
terutamanya ketika meminum minuman keras.
“Polis ingin menasihatkan
agar orang ramai mengawal diri sekiranya meminum minuman keras agar mengelak
daripada kejadian tidak diingini berlaku selain menggangu kententeraman awam
lain,” katanya ketika ditemui kelmarin.
Kes itu disiasat mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh. (UB)
No comments:
Post a Comment