Thursday, 17 January 2013

PARLIMEN PENAMPANG MILIK BN






KOTA KINABALU : Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah yakin kerusi Parlimen Penampang akan kekal menjadi milik BN pada pilihan raya umum ke-13 sekalipun digembar-gembur pembangkang sebagai kawasan 'kelabu'.

Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang berkata tindakan pembangkang menguar-uarkan Penampang bukan lagi kawasan selamat BN adalah sekadar gimik politik untuk mengelirukan pengundi.

"Apa yang nyata ialah BN semakin kuat di kawasan Parlimen Penampang, khususnya dalam kalangan pengundi muda dan saya yakin dengan kerjasama semua sayap Pemuda komponen BN, kerusi Parlimen Penampang akan terus kekal di tangan BN," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pemuda BN Penampang, di sini Rabu malam.

Kerusi Parlimen Penampang kini disandang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok.

Mengulas lanjut, Awang Kadin berkata Pemuda BN Sabah akan memperhebat kempen mendekati pengundi muda 'atas pagar' dalam usaha membantu BN meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. (Bernama)

No comments:

Post a Comment