Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
KUALA LUMPUR : Rancangan
Deepak Jaikishan untuk melancarkan bukunya bertajuk 'The Black Rose' dibatalkan
gara-gara pendedahan Rafizi Ramli berhubung pembelian barang kemas dari Hong
Kong, kata usahawan karpet itu.
Usahawan itu bagaimanapun
turut mengakui bahawa beliau adalah penulis buku 26 muka surat itu, yang
dakwanya kisah sebenar di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat peribadi
P Balasubramaniam.
“Ya ... Saya ambil masa
sehari untuk draf semua benda,” kata Deepak (gambar) ketika sidang media hari
ini.
Jelas Deepak, beliau
bagaimanapun tidak bercadang untuk menjual buku tersebut, sebaliknya ia hanya
akan dimuat naik ke internet, dan boleh dimuatturun secara percuma.
“Saya tidak mengejar
keuntungan, saya menceritakan perkara yang benar,” katanya.
“Saya akan letak ‘bebas hak
cipta’ ... Kalau nak cetak, silakan.”
Beliau bagaimanapun mengakui
terdapat beberapa naskhah buku itu yang tersebut yang telah siap dicetak yang
hanya akan diedarkan kepada rakan dan sahabat handai terdekat.
Buku 26 muka surat dengan
tajuk “The Black Rose — Black Rose 1.0” yang dikirimkan melalui emel itu
menggunakan nama “Spirit of Altantuya” sebagai penulisnya.
Buku itu, bagaimanapun tidak
menggunakan nama sebenar watak terlibat, sebaliknya jalan cerita buku tersebut
menggunakan nama samaran untuk watak-wataknya seperti Kapeed, Black Rose, Bijan
dan ramai lagi.
Deepak baru-baru ini
mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian umum apabila mendakwa beliau
telah ditipu Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah
berhubung pembelian tanah di Bukit Raja.
Beliau juga turut melakukan
beberapa pendedahan berhubung penglibatannya dalam SD kedua Bala mengaitkan kes
pembunuhan model Altantuyaa Shaariibuu pada tahun 2006.
Buku berkenaan turut menyatakan
akan ada siri kedua yang akan menggunakan tajuk “Black Magic Women.”
No comments:
Post a Comment