Saudara Pengarang,
MOHON izin dan restu untuk
menggunakan ruang Portal Online Sabahkini.Net untuk membidas kenyataan Presiden
PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang sudah keterlaluan.
Saya ingin merujuk berita
yang tersiar di Sabahkini.Net pada 20 Januari 2013 yang bertajuk 'Kenyataan
Ibrahim Ali Berapi-Api' di mana Ibrahim
menyuruh umat Islam membakar Kitab Injil
yang menggunakan Kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian.
Sebagai hamba Allah dan
orang Islam, saya tidak setuju sama sekali dengan tindakan liar Ibrahim Ali yang
mengugut mahu membakar kitab Injil tersebut seolah-olah tidak bertamaddun. Kita
tidak tahu apa sebenarnya motif PERKASA dan Ibrahim Ali berbuat demikian
Apa matlamat dan tujuan
utama PERKASA ditubuhkan? Kita difahamkan kononnya PERKASA mahu membela hak
orang Melayu. Apa kekuatan PERKASA mahu membela masib dan mempertahankan hak
orang Melayu kerana UMNO sudah menjaga kepentingan hak asasi orang Islam dan
Melayu.
Kerajaan telah memberi
pelbagai bantuan kepada PERKASA tetapi mereka membalas dengan tunjuk perasaan
atau demonstrasi sehingga rakyat keliru dengan hala tuju PERKASA.
Tidak cukup dengan itu,
PERKASA sering mencari masalah dan menjadi penyibuk dengan melaga-lagakan orang
Melayu, Cina dan India sehingga menimbulkan sentimen perkauman dan anti
perpaduan.
Tindakan Ibrahim Ali dan
PERKASA mengacah-ngacah kaum Cina dan India di atas muka bumi Malaysia telah
menimbulkan kebencian mereka terhadap orang Melayu yang kononnya diwakili
PERKASA.
Sebenarnya, Ibrahim Ali
tidak layak menjadi Presiden PERKASA kerana tidak mempunyai daya
kepimpinan yang dinamik yang boleh membawa kebahagiaan kepada bangsa,
agama dan negara ini.
Salam Hormat,
ROSMAN ABDUL KADIR
Kampung Mangkalinau Sandakan
No comments:
Post a Comment